Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG tuan rumah Sidang Puncak APEC 2030

Anggaran Waktu Membaca:
SG tuan rumah Sidang Puncak APEC 2030

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 17 Nov 2024 11:43AM Dikemas Kini : 17 Nov 2024 11:45AM
SINGAPURA: Singapura menawarkan untuk menjadi tuan rumah Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 2030, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (16 Nov).

APEC terus menjadi platform penting bagi kerjasama ekonomi dan 21 negara anggota ekonomi secara keseluruhan menyumbang hampir separuh perdagangan global, tambah Encik Wong pada hujung sidang puncak tahun ini di Lima, Peru.

"Singapura menganggap APEC sebagai kumpulan penting, bukan sahaja untuk perdagangan dan pelaburan, kerana APEC berfungsi sebagai tempat menghasilkan idea bagi kerjasama, seperti rantaian bekalan, ekonomi digital dan kemampanan," katanya kepada wartawan.

Singapura juga akan menyumbang untuk membantu APEC dalam pelbagai cara, termasuk menganjurkan Sidang Puncak APEC, kata Encik Wong.

"Kami sudah menawarkan untuk menjadi tuan rumah Sidang Puncak APEC pada 2030," tambahnya.

Kali terakhir Singapura menjadi tuan rumah Sidang Puncak APEC adalah pada 2009.

DUNIA BERADA DI TITIK PERUBAHAN

Ketika ditanya tentang perkara penting yang diraih dari Sidang Puncak tahun ini, Encik Wong menarik perhatian bahawa terdapat "pengiktirafan meluas" bahawa dunia berada pada titik perubahan.

"Terdapat pihak berkuasa yang membentuk trajektori kejadian pada tahun-tahun akan datang," katanya kepada wartawan.

Disebabkan persaingan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, Encik Wong berkata lebih banyak perkara sedang dilihat melalui lensa keselamatan, dan bukan melalui kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan.

Beliau menambah bahawa terdapat pemikiran bahawa rakyat dan orang ramai merentasi sejumlah besar ekonomi APEC merasakan perdagangan bebas tidak menguntungkan mereka, dan tidak semua orang mendapat bahagian yang saksama dalam kemajuan ekonomi masing-masing.

"Oleh itu, secara menyeluruh, kebimbangan bahawa sokongan terhadap globalisasi dan perdagangan semakin lemah," katanya.

Encik Wong juga berkata bahawa para pemimpin ekonomi APEC mengiktiraf keperluan bagi hubungan perdagangan lebih kukuh "pada peringkat meluas".

"Namun, setiap pihak berdepan kekangan, keadaan domestik, dan mungkin tidak dapat bergerak pada rentak yang sama," katanya.

Encik Wong, yang mengambil contoh pemanasan iklim berkata: "Titik permulaan untuk menangani pemanasan iklim dan perubahan iklam adalah untuk meletakkan harga pada karbon dan menghentikan subsidi bahan api fosil secara bertahap-tahap.

"Namun tidak semua pihak boleh melaksanakannya. Setiap pihak akan bergerak pada rentak mereka sendiri, kerana terdapat pertimbangan domestik, sensitiviti politik dan sebagainya."
Encik Wong menambah bahawa di antara ekonomi APEC, ekonomi lebih kecil, lebih terbuka, seperti Singapura, New Zealand dan Chile, sering bekerjasama untuk menjadi peneraju.

Ia dilakukan dengan P4 (Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand), yang menghasilkan Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), dan kemudian Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital, kata Encik Wong.
Chile, New Zealand dan Singapura bersetuju untuk membentuk kumpulan kerja yang akan bekerjasama dalam perdagangan industri hijau.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan