SG tolak percubaan kedutaan asing hasut reaksi dalam negara terhadap isu antarabangsa: MFA

Pemandangan dari atas bagi Scarborough Shoal di Laut China Selatan yang dipertikaikan pada 15 Feb 2024. (Gambar fail: AFP/Jam Sta Rosa)
Komen kementerian itu dibuat sehari selepas kedutaan Amerika Syarikat di Singapura memuat naik video di Facebook yang mengkritik kedudukan China di Laut China Selatan.
Catatan itu menerima respons daripada kedutaan China di Singapura pada Rabu, menyatakan bahawa kedutaan Amerika "sengaja memutarbelitkan" isu Laut China Selatan.
Dalam videonya pada Selasa, kedutaan Amerika menggunakan rujukan visual dan lisan bagi memaparkan flat HDB dan majlis perbandaran Singapura untuk membayangkan apa yang dimaksudkannya.
Ia menyamakan tuntutan China ke atas hampir seluruh Laut China Selatan dengan jiran yang tidak bertimbang rasa, yang menuntut ruang bersama di koridor HDB dan kawasan lif sebagai miliknya.
Ia juga membuat analogi antara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan majlis bandaran tempatan, menggambarkan China sebagai jiran yang akan mengabaikan keputusan majlis bandaran.
"China menyatakan ia 'memiliki' hampir seluruh Laut China Selatan. Undang-undang antarabangsa bagaimanapun menyatakan sebaliknya," menurut kedutaan Amerika dalam catatan Facebook.
"Pada 2016, tribunal Hague memutuskan dakwaan menyeluruh Beijing tidak mempunyai asas undang-undang - namun pembinaan, rondaan dan paksaan diteruskan. Daripada terumbu ketenteraan kepada taktik "zon kelabu", ini bukan hanya pertikaian maritim - ia adalah ujian ketenteraman antarabangsa, kestabilan dan keamanan."
China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan walaupun keputusan 2016 oleh tribunal timbang tara antarabangsa mendapati tuntutan Beijing tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa. China tidak mengiktiraf keputusan itu.
Pada Rabu, kedutaan China di Singapura menyatakan bahawa kedutaan Amerika Syarikat "sengaja memutarbelitkan isu Laut China Selatan".
"Apa yang dilakukan Amerika adalah satu kemunduran bagi ketenteraman dan peraturan antarabangsa yang sedia ada, dan itulah sebabnya ia diiktiraf secara universal bahawa Amerika adalah yang paling tidak layak untuk bercakap mengenai undang-undang antarabangsa."
Catatan itu seterusnya menyatakan bahawa Amerika agak yakin bahawa, sebagai sebuah negara yang enggan menyertai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, ia mempunyai keistimewaan untuk "mengukur tahap pematuhan negara lain terhadap Konvensyen".
Ia juga menambah bahawa Amerika bahkan menggunakan sistem peluru berpandu jarak sederhana di rantau itu untuk mencetuskan perpecahan dan konfrontasi, yang disifatkan kedutaan China sebagai "kuasa paling merosakkan keamanan di Laut China Selatan".
"Kami menggesa Amerika Syarikat untuk berhenti menjadi pendakwah hipokrit, dan mengelak daripada menimbulkan lebih banyak masalah bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini," tambah kedutaan China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.