Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG tinjau sedia lebih banyak peluang galakkan pembelajaran sepanjang hayat

Anggaran Waktu Membaca:
SG tinjau sedia lebih banyak peluang galakkan pembelajaran sepanjang hayat

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong bercakap semasa Forum Belia CNA pada 27 Nov 2022. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 27 Nov 2022 08:36PM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 08:37PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang meninjau bagaimana untuk menyediakan lebih banyak peluang bagi warga Singapura untuk terus meningkatkan kemahiran mereka supaya mampu kekal relevan sepanjang kerjaya mereka.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Berucap di Forum Belia, anjuran CNA, Encik Wong berkata bahawa mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat boleh dilakuka pada fasa kehidupan yang berbeza, termasuk di sekolah dan di tempat kerja.

Encik Wong juga menyentuh kebimbangan yang disuarakan para peserta berhubung persekitaran saingan di sekolah.

Jelas beliau, Pemerintah sedang berusaha untuk mengalihkan penekanan daripada peperiksaan kepada tumpuan pada pembelajaran secara menyeluruh.

"Jika tumpuan diberikan kepada peperiksaan, semestinya, tidak ada banyak masa untuk perkara lain memandangkan kesemua keutamaan dan tenaga ditumpukun pada keputusan peperiksaan, yang mana saya rasa terlalu banyak tenaga dan perhatian diletakkan pada hal tersebut," kata Encik Wong.

Encik Wong menambah: "Kami sedang berusaha untuk mengalih penekanan kepada pembelajaran yang lebih menyeluruh dan memberikan orang ramai lebih banyak masa, ruang untuk meneroka perkara lain di luar kukurikulum sekolah."

“Jadi, kami cuba lakukannya. Kita boleh melakukannya dalam sistem sekolah kita, tetapi ia memerlukan perubahan minda juga (untuk) ibu bapa dan juga pelajar sendiri.”

Bagi mengalakkan orang ramai supaya meneruskan pembelajaran bahkan selepas mereka mula bekerja, beliau menarik pehatian bahawa Pemerintah akan menyediakan lebih banyak sumber bagi mereka yang berhasrat untuk melakukan demikian menerusi SkillsFuture.

"Bagaimana kami dapat menyediakan lebih banyak peluang untuk semua orang sedang anda memulakan kerjaya anda, ambil cuti dari masa ke masa dan dapatkan kemahiran baru yang akan memastikan anda kekal relevan dan berdaya saing sepanjang kerjaya anda - ia merupakan sesuatu yang kami sedang kaji dan berharap tingkatkan sistem kami," kata Encik Wong.

Semasa sesi perbincangan mengenai pekerjaan dan ekonomi, seorang peserta bertanya bagaimana pendapat bahawa Singapura perlu kekal terbuka kepada bakat asing, dapat diterapkan dalam tenaga kerja.

"Memastikan Singapura bersikap terbuka dalam menerima karyawan asing, amat penting bagi Singapura," kata Encik Wong dalam forum itu, yang sedang ditayangkan secara online.

Namun, beliau menarik perhatian akibat yang timbul sedang Singapura terus mempunyai ekonomi terbuka, termasuk wujudnya lebih banyak persaingan.

Oleh itu, Pemerintah sedang meninjau cara-cara untuk menyediakan sistem sokongan yang lebih baik bagi warga Singapura di tempat kerja, termasuk menambah pelaburan dalam meningkatkan kemahiran mereka.

"Kami mahu setiap warga Singapura merasakan yang kita semua dapat meraih manfaat daripada ekonomi yang terbuka dan jika kita berasa sedemikian, saya rasa kita dapat mengekalkan Singapura sebagai bandar dan masyarakat yang terbuka buat tahun-tahun akan datang."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan