SG tingkat usaha bantu penduduk hidup lebih sihat bagi tempoh lebih lama
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Daripada peruntukan demi memacu inovasi dalam bidang mobiliti dan kesihatan fizikal, hinggalah membangunkan model bagi membawa khidmat jagaan lebih dekat dengan tempat tinggal.
Singapura sedang meningkatkan usaha bagi membantu rakyatnya hidup lebih sihat untuk tempoh lebih lama, sedang para penduduk semakin menua.
Ia adalah sebahagian daripada usaha lebih meluas bagi mendorong pengesanan awal, mencegah penyakit dan mengalihkan sokongan kesihatan dari hospital ke masyarakat.
Di bawah inisiatif tersebut, pemeriksaan bagi gejala osteoporosis atau reput tulang mungkin akan diberikan subsidi di bawah program nasional SG Lebih Sihat, yang menyaksikan kadar pendaftaran sebanyak 57 peratus sejauh ini.
Dana hampir S$38 juta juga sudah diperuntukkan demi memacu inovasi yang menyasarkan kesihatan rangka otot.
Sungguhpun demikian, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata adalah lebih penting untuk mengenal pasti risiko sejak awal lagi.
"Kami ingin menggalakkan lebih ramai orang untuk menjalani pemeriksaan."
"MOH sedang bekerjasama dengan para doktor untuk membangunkan protokol jagaan kesihatan.
"Akan tersedia protokol untuk mencegah kelemahan tubuh, untuk menggalakkan orang ramai supaya menjalani ujian saringan tulang.
"Ia mungkin mengambil masa untuk kami melakukannya, banyak rundingan, tetapi apabila selesai nanti, jangkakan subsidi lebih baik bagi pemeriksaan ketumpatan tulang," katanya lagi.
Kajian terbaharu mendapati, osteoporosis menjejas hampir 60 peratus orang dewasa di Singapura yang berusia melepasi 60 tahun.
Maka itu, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kesihatan rangka otot.
Antara peralatan teknologi yang berpotensi dihasilkan termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk meramalkan risiko keretakan tulang,
sensor yang boleh dipakai bagi mengesan kemungkinan seseorang akan terjatuh, dan robotik bagi menyokong pemulihan pesakit di rumah.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.