Skip to main content

Singapura

SG tingkat kawalan keselamatan pusat pemeriksaan susuli serangan Amerika-Israel terhadap Iran

Anggaran Waktu Membaca:
SG tingkat kawalan keselamatan pusat pemeriksaan susuli serangan Amerika-Israel terhadap Iran
Anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal Lapangan Terbang Changi pada 25 Mei 2017. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)
Diterbitkan : 28 Feb 2026 11:08PM
SINGAPURA: Pemeriksaan keselamatan di pusat-pusat pemeriksaan Singapura telah dipertingkatkan di tengah-tengah keadaan keselamatan global yang semakin memuncak, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu (28 Feb) menyusuli serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

“Dengan keadaan keselamatan global yang semakin memuncak, termasuk perkembangan terkini di Timur Tengah, ICA telah meningkatkan pemeriksaan keselamatan ke atas pelancong, kargo dan kenderaan yang tiba di pusat-pusat pemeriksaan darat, udara dan laut mulai 28 Feb 2026,” menurut ICA.

“Para pelawat dan pelancong harus menjangkakan kelengahan di pusat-pusat pemeriksaan disebabkan oleh pemeriksaan yang dipertingkatkan dan dinasihatkan supaya mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen.”

Amerika Syarikat dan Israel pada awal Sabtu (28 Feb) melancarkan serangan terhadap sasaran di bandar-bandar Iran, mencetuskan letupan dan asap tebal di ibu negara Tehran.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan balas terhadap Israel dan negara-negara lain di Timur Tengah.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita