SG timbang reaktor modular kecil sebagai huraian untuk sokong pusat data AI
Anggaran Waktu Membaca:

CEO EMA Puah Kok Keong membincangkan pilihan tenaga SG bersama Roland Lim.
SINGAPURA: Reaktor-reaktor modular kecil yang digunakan oleh syarikat-syarikat teknologi untuk menggerakkan pusat data kecerdasan buatan (AI) suatu hari nanti boleh digunakan di Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) Encik Puah Kok Keong pada Isnin (21 Okt).
Reaktor modular kecil ialah reaktor nuklear maju yang mempunyai kapasiti tenaga kira-kira satu pertiga daripada kapasiti penjanaan reaktor kuasa nuklear tradisional.
Singapura sudah mengkaji penggunaan tenaga nuklear sejak sekian lama, kata Encik Puah Kok Keong kepada Mediacorp di luar Sidang Puncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura.
Beliau turut mendedahkan bahawa sekitar 10 tahun lalu, pemerintah menjalankan kajian daya maju mengenai tenaga nuklear, dan kesimpulannya pada masa itu ialah saiz reaktor tenaga nuklear konvensional tidak sesuai untuk Singapura disebabkan oleh batasan ruang.
Bagaimanapun, pemaju teknologi sedang menimbangkan reaktor modular yang lebih kecil dan lebih selamat, dan ia adalah huraian yang Singapura "akan mengkaji dengan teliti", katanya.
"Ini mempunyai lebih banyak reka bentuk keselamatan pasif yang akan menghalang reaktor daripada mengalami kerosakan. Saiznya yang lebih kecil juga menjadikannya sesuai untuk sistem tenaga yang lebih kecil seperti Singapura,” katanya lagi.
Sekalipun belum ada reaktor modular kecil yang dikendalikan secara komersil, Singapura akan meneliti pilihan itu apabila ia berada di pasaran, katanya.
“Apabila ia tersedia kelak, kami sangat berminat untuk melihat bagaimana ia dikendalikan, untuk melihat, dengan lebih terperinci, ciri-ciri keselamatannya, isu keselamatan dan kemudian kami membuat penilaian lain sama ada ia sesuai untuk dilaksanakan atau tidak di Singapura,” katanya.
AMMONIA SEBAGAI PILIHAN
Sumber tenaga boleh diperbaharui yang ingin digunakan oleh Singapura lebih awal ialah ammonia.
Singapura merancang untuk mengimport sehingga 4 gigawatt elektrik rendah karbon menjelang 2035, yang akan membentuk sekitar 30 peratus daripada unjuran bekalan elektrik negara.
EMA, bersama-sama dengan Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), cuba menggunakan 100 peratus ammonia untuk penjanaan tenaga dan bagi bunker marin.
Sejauh ini, empat kapal berdaftar Singapura yang menggunakan ammonia sebagai bahan api marin bersama diesel akan berlayar pada sekitar 2026.
"Kami bersungguh-sungguh bekerjasama dengan dua konsortium yang telah disenarai pendek untuk melakukan kajian daya maju," kata Encik Puah.
"Mereka akan melihat reka bentuknya, mereka akan melihat kosnya, dan kemudian apabila bersedia, kami berharap dapat memberikan salah seorang daripada mereka untuk akhirnya melaksanakan projek ini."
CABARAN BOLEH DIATASI
Walaupun Singapura meneroka pilihan karbon rendah seperti ammonia dan hidrogen hijau, Encik Puah menegaskan bahawa cabaran sumber tenaga sedemikian "bukan kecil".
Bagi hidrogen hijau, sekalipun teknologi yang digunakan untuk menjananya sudah diketahui, kosnya dan kos pengangkutannya perlu diteliti lebih lanjut untuk mengurangkan kos tersebut.
Apabila bercakap mengenai ammonia, kelebihannya berbanding hidrogen hijau ialah ia jauh lebih tumpat dari segi kandungan tenaga dan lebih mudah untuk dimampatkan dan dicairkan dan oleh itu dipunggah, kata Encik Puah.
"Tetapi penggunaan ammonia berbanding hidrogen dalam penjanaan tenaga kurang diuji sejauh ini," katanya.
Sungguhpun demikian, Encik Puah berkata ini adalah cabaran yang boleh diatasi.
"Saya optimis jika terdapat usaha yang mencukupi, tenaga yang mencukupi digunakan untuk menyelesaikan masalah, dan meningkatkannya, ia mungkin dapat mengurangkan kosnya dengan cepat," katanya.
Beliau memberi contoh tenaga angin dan suria, yang menjadi lebih dimampui dalam tempoh lima tahun lalu - malah lebih daripada penjanaan tenaga berasaskan bahan api fosil konvensional - walaupun sangat mahal sekitar 15 tahun lalu.
Walaupun masih terdapat isu-isu yang perlu diatasi, huraian bateri yang lebih baik - yang boleh menyimpan lebihan tenaga yang dijana oleh sistem solar dan angin dan kemudian melepaskannya semasa tempoh puncak - sedang dibangunkan untuk mengatasinya, tambah Encik Puah.

Sumber : CNA/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.