SG timbang lakar lebih banyak undang-undang cegah kandungan online berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang menimbangkan melakar lebih banyak undang-undang demi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa kandungan online berbahaya.
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata undang-undang tersebut perlu mengupaya golongan yang terjejas dengan isu-isu seperti pembulian siber dan gangguan seksual secara online, agar dapat mengambil tindakan.
Encik Shanmugam berkata demikian semasa berucap di Simposium Bahaya Online pada Isnin (25 Sep), yang memberi tumpuan kepada pengalaman individu di ruang online.
Beliau membuat gesaan tersebut selepas dua rang undang-undang utama diluluskan sepanjang setahun lalu.
Encik Shanmugam berkata masih ada risiko online yang belum dilindungi oleh undang-undang sedia ada.
Contohnya, jika gambar intim seseorang dimuat naik tanpa kebenaran, masih belum pasti apakah tindakan yang boleh diambil di sisi undang-undang.
Encik Shanmugam juga merujuk kepada satu tinjauan terbaharu, yang mendapati bahawa hampir 40 peratus responden pernah berdepan dengan kandungan online yang berbahaya.
Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan belia, dan menurut Encik Shanmugam, ini boleh meninggalkan kesan yang serius.
Encik Shanmugam berkata: "Hasil tinjauan agak membimbangkan. Ia membuatkan kita sedar keadaan sebenar. Anda benar-benar tidak boleh mempunyai generasi muda yang membesar dengan isu-isu ini, kesihatan mental mereka antara lain akan menjadi amat terjejas. Saya fikir masyarakat di seluruh dunia, termasuk kita, masih lagi ketinggalan
dalam menangani perkara ini dengan berkesan."
Lebih banyak huraian dijangka dibincangkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Ia akan melibatkan pihak akademik, syarikat-syarikat teknologi utama dan juga para hakim Mahkamah Tinggi.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.