SG tidak memilih pihak dalam perselisihan AS-China, dedah Dr Vivian Balakrishnan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata Singapura tidak mahu memilih pihak dalam perselisihan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.
Ia juga tidak mahu garisan pemisah diwujudkan di Asia Tenggara.
Dr Balakrishnan berucap di dialog mengenai hubungan luar dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat.
Beliau berkata terdapat ruang untuk sistem berasaskan peraturan pelbagai hala yang dikemas kini, dan penyelesaian pertikaian secara aman.
Beliau menambah Singapura mahu menjalin persahabatan dengan banyak negara. Singapura mahu memberikan kedua-dua Amerika Syarikat dan China, serta Eropah, kepentingan sebenar dalam keamanan, kemakmuran dan pembangunan Asia Tenggara.
Dengan memberi insentif kepada semua pihak untuk mewujudkan keamanan dan pembangunan di Asia Tenggara, adalah diharapkan juga, keseimbangan kuasa yang stabil akan muncul.
Menyifatkan ketegangan merentasi Selat Taiwan sebagai "fius pendek", beliau berkata Singapura bimbang tentang risiko konfrontasi di sana.
Tetapi beliau menegaskan bahawa ia tidak dapat dielakkan.
Dr Balakrishnan menegaskan lagi, Singapura mempunyai dasar satu China.
Singapura menentang kemerdekaan Taiwan dan juga menentang sebarang percubaan sepihak untuk mengubah status quo dan berharap akan ada penyelesaian secara aman.

Sumber : CNA/MM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.