SG tidak kebal dari serangan pengganas sedang ancaman pelampau meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata di tengah-tengah ancaman pelampau yang meningkat, Singapura perlu menjangkakan pada satu masa nanti, ia perlu menangani insiden tindakan keganasan.
Beliau mengulas demikian menyusuli pengumuman Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam (10 Feb) bahawa ia mengambil tindakan ke atas tiga individu yang menjadi radikal secara sendiri.
Mereka termasuk seorang remaja yang terpengaruh dengan fahaman pelampau berhaluan kanan.
Encik Shanmugam berkata walaupun ISD mampu untuk mematahkan ancaman pelampau dari awal lagi, Singapura masih tidak kebal daripada serangan pengganas.
Apabila insiden sedemikian berlaku, rakyat mesti bersedia secara psikologi, selain mempunyai kekuatan untuk kekal bersatu padu, tanpa mengira kaum dan agama, dan tidak membiarkan serangan itu menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain.
Encik Shanmugam membuat komen tersebut semasa acara sambutan Thaipusam awal pagi tadi.
Beliau berkata festival sebegini menonjolkan corak masyarakat majmuk di Singapura.
Hampir 16,000 penganut menyertai sambutan Thaipusam tahun ini, iaitu jumlah yang tertinggi sejak beberapa tahun lalu.
Demi menjaga keselamatan semua yang hadir, pihak penganjur acara meningkatkan tahap keselamatan dengan mengerahkan lebih ramai pengawal trafik di sepanjang perarakan.

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.