SG tidak dapat sahkan kemajuan negara jiran dalam tenaga nuklear: Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura tidak dapat mengesahkan keadaan atau tahap kematangan pelan tenaga nuklear negara-negara jiran, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Tan See Leng pada Khamis (6 Nov).
Negara itu sedang bekerja rapat dengan agensi-agensi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk meneliti data sedia ada, katanya kepada parlimen.
Dr Tan yang juga Menteri Tenaga Manusia, menjawab soalan oleh Ketua Pembangkang Pritam Singh mengenai tahap kemajuan pelancaran teknologi tenaga nuklear di rantau ini.
Encik Pritam (WP-Aljunied) juga bertanya sama ada negara-negara lain di rantau ini menimbangkan teknologi nuklear konvensional atau canggih.
Teknologi nuklear canggih termasuk reaktor modular kecil dan teknologi Generasi IV.
Dr Tan berkata ia "sangat sukar untuk kami mengulas" tentang apa yang dilakukan oleh negara-negara jiran, sambil menambah "kebanyakan maklumat tidak ada di luar sana".
"Kami mendengar pengumuman anekdot bahawa kemungkinan terdapat keperluan mendirikan tapak 500 kilometer selatan dari Singapura. Terdapat juga keperluan bagi lebih banyak kawasan terpencil untuk reaktor modular kecil, sebagai contoh, seperti di Kalimantan atau bahkan di bahagian timur Indonesia," katanya.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak boleh memberi komitmen kepada maklumat mengenai garis masa negara-negara jiran, yang diperoleh daripada laporan awam.
Dr Tan berkata terdapat "desakan" dari negara-negara jiran berhubung hasrat mereka untuk membangunkan teknologi nuklear dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang, tetapi mereka tidak menyatakan sama ada mereka akan menggunakan teknologi nuklear konvensional atau canggih.
"Jika ia teknologi nuklear yang canggih .... seperti (reaktor nuklear kecil), Gen IV, maka saya rasa sedikit sebanyak tahap penilaian, tahap kesediaan, kita mungkin setanding," katanya.
Beliau berkata demikian menyusuli laporan media baru-baru ini mengenai perkembangan nuklear di Asia Tenggara.
Agensi berita Bernama sebelum ini melaporkan Malaysia menyasarkan untuk menjadikan tenaga nuklear sebahagian daripada gabungan penjanaan tenaga negara itu menjelang 2031, manakala Jakarta Globe melaporkan pada Jun lalu bahawa Indonesia menyasarkan memperkenalkan loji tenaga nuklearnya yang pertama menjelang 2034.
Di Filipina, pemerintah negara itu menerbitkan pelan tenaga yang menyasarkan penjanaan tenaga nuklear pada 2032 selepas loji tenaga nuklear siap dibina di negara itu.
Loji tenaga nuklear Bataan di Filipina - iaitu satu-satunya loji tenaga nuklear Asia Tenggara yang siap dibina pada tahun-tahun 1980an - tidak pernah beroperasi.
Vietnam menyasarkan untuk menghidupkan loji tenaga nuklearnya yang pertama antara 2030 dengan 2035, menurut Reuters.
Dr Tan menambah: "Sungguhpun demikian, dalam kalangan negara-negara di rantau ini, kebanyakan daripadanya sudah pun membangunkan dan mendirikan reaktor kajian dalam negara masing-masing.
"Saya rasa ada di Indonesia, di Malaysia, saya percaya di Vietnam, kemungkinan juga di Filipina."
Buat masa ini, Malaysia mempunyai Reaktor Triga Puspati, iaitu satu-satunya reaktor penyelidikan negara itu yang terletak di Selangor.
Indonesia mempunyai tiga tapak reaktor penyelidikan di Serpong, Bandung dan Yogyakarta.
Reaktor Da Lat di Vietnam dibina pada tahun-tahun 1960an dan negara itu dilaporkan sedang membangunkan satu lagi reaktor penyelidikan.
Reaktor itu dibangunkan bagi tujuan penyelidikan dan bukan untuk menjana elektrik bagi grid tenaga.
Singapura belum lagi membuat keputusan berhubung tenaga nuklear, tetapi ia sedang mengkaji potensinya sebagai sumber tenaga rendah karbon.
Dr Tan mengulangi demikian pada Rabu dalam responsnya kepada soalan parlimen lain mengenai penempatan nuklear oleh Singapura.
Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menilai kebolehlaksanaan menggunakan teknologi tenaga nuklear canggih di Singapura manakala Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengkaji keselamatan nuklear dan langkah-langkah keselamatan bagi penggunaan nuklear yang berpotensi di negara itu dan rantau ini.
EMA baru-baru ini mengumumkan pelantikan firma Britain Mott MacDonald untuk menjalankan kajian terhadap teknologi nuklear canggih seperti reaktor modular kecil yang disejukkan dengan air dan reka bentuk Generasi IV, yang menggunakan sistem penyejukan baharu atau bahan api.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.