Skip to main content

Singapura

SG tidak boleh biarkan politik identiti memecahbelahkan kita, tegas SM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SG tidak boleh biarkan politik identiti memecahbelahkan kita, tegas SM Lee

Menteri Kanan Lee Hsien Loong di majlis menjunjung budi untuknya yang dianjurkan oleh masyarakat India tempatan pada 11 Jan 2025.

Diterbitkan : 14 Oct 2025 11:40PM Dikemas Kini : 15 Oct 2025 12:05AM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang kecil, Singapura tidak boleh membiarkan politik identiti memecahbelahkan negara kita.

SM Lee berkata demikian dalam catatannya di Facebook pada Selasa (14 Okt) selepas Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen mengenai kaum dan agama pada Selasa (14 Okt).
"Sepanjang 60 tahun lalu, kita sudah berusaha dengan gigih untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu padu, berbilang kaum dan agama.

"Namun dari semasa ke semasa, perpaduan sosial kita berdepan ancaman daripada politik identiti seperti yang berlaku semasa #GE2025," kata SM Lee dalam catatannya di Facebook.

"Kita sudah menyaksikan di seluruh dunia bagaimana politik identiti boleh memecahbelahkan masyarakat. Secara tidak langsung, golongan atau kaum minoriti akhirnya terpinggir dan paling terkesan.

"Singapura adalah sebuah negara kecil - kita tidak membiarkannya memecahbelahkan kita," tambah SM Lee.

Dalam catatan yang sama, SM Lee turut menggesa masyarakat Singapura supaya mendakapi kepelbagaian dan meneruskan kehidupan dalam suasana yang makmur dan harmoni, di samping memelihara integriti politik sekular Singapura.
"Kita tidak boleh mencampuradukkan kaum dan agama dengan politik. Itulah cara untuk mencapai kemakmuran sebagai sebuah negara untuk generasi akan datang," kata SM Lee sebelum mengakhiri catatannya.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita