Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa sertai konflik bersenjata luar negara, tegas Shanmugam

Rakyat Singapura boleh menyokong mana-mana usaha yang mereka yakini, termasuk usaha membantu Palestin dalam segala cara yang sah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh menyokong mana-mana usaha yang mereka yakini, termasuk usaha membantu Palestin dalam segala cara yang sah.

Sungguhpun demikian, menyertai konflik bersenjata atau menyokong sebarang bentuk keganasan di luar negara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam dalam catatan Facebooknya pada Rabu (11 Jan).

Terdapat pertubuhan dan cara-cara yang sah dan wajar untuk menyokong pelbagai usaha yang diyakini oleh para individu "tetapi keganasan bersenjata berbeza natijahnya, tidak boleh diterima", kata Encik Shanmugam.

"Apa yang tidak boleh kita lakukan adalah untuk menyokong pengganasan, menyokong konflik bersenjata, menyokong rancangan untuk membunuh orang lain."

Beliau turut menegaskan demikian apabila ditemui para wartawan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Novena menyusuli  pengumuman oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (11 Jan) berhubung penahanan seorang guru lelaki di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Encik Shanmugam, guru tersebut, Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, 38 tahun, merancang untuk menggunakan kemahiran mengendalikan senjata dan latihan semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS) untuk menyertai konflik bersenjata di Gaza.

Dia juga cuba menerapkan ajaran songsang pada anak-anak dan anggota keluarganya.

Mujur, dia tidak berjaya meradikalkan sebarang anak murid atau individu di sekelilingnya, dedah Encik Shanmugam.

Khairul adalah guru MOE pertama yang ditahan di bawah ISA kerana mahu menyertai konflik bersenjata.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan