SG tiada kemelesetan tahun ini meskipun ekonomi lembap, keadaan 2024 tidak menentu: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Aqil Haziq Mahmud)
JAKARTA: Singapura tidak akan menyaksikan kemelesetan tahun ini meskipun ia mengalami ekonomi yang lembap.
Walau bagaimanapun, keadaan pada 2024 masih tidak menentu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (7 Sep).
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkongsi pandangannya mengenai prospek ekonomi ASEAN di tengah-tengah kelembapan ekonomi China, dan bagaimana ia akan menjejas Singapura.
Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media Singapura selepas Sidang Puncak Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta.
Membandingkan unjuran pertumbuhan 1 peratus buat Singapura tahun ini dengan jangkaan pertumbuhan empat peratus bagi ASEAN, Encik Lee berkata pertumbuhan Singapura lebih perlahan "kerana kadar pertumbuhan ekonomi negara yang sudah maju".
Beliau menarik perhatian bahawa "tahun yang baik" buat negara ini adalah kira-kira pertumbuhan 2.5 peratus dan "tahun yang sangat, sangat baik" adalah kira-kira 3 peratus.
PM Lee berkata pemulihan ekonomi Singapura pasca COVID, ketika ia mencatatkan pertumbuhan Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) kira-kira 7.6 peratus pada 2021, adalah "sementara" dan tidak mampan.
"Bagi kita, satu peratus adalah lembap. Tetapi ia bukan kemelesetan. Dan kita harus melihat keadaan di Eropah, di Amerika dan juga di China," tambahnya.
Encik Lee juga bercakap tentang ekonomi dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos, di mana beliau berkata Singapura sedang menjangkakan pertumbuhan ekonomi positif tahun ini dan "berharap" untuk mengelakkan kemelesetan.

Namun, terdapat berita baik bagi 2024, di mana pakar ekonomi mengunjurkan GDP akan naik 2.5 peratus pada tahun itu.
EKONOMI ASEAN DALAM KEADAAN BAIK
Bagi ekonomi ASEAN, PM Lee menyifatkannya sebagai "titik terang", di tengah-tengah keadaan global yang suram. Belia juga berpendapat sumber rantau ini seperti gas asli, minyak dan mineral akan membantu ekonominya dalam jangka panjang.
"Terdapat perkhidmatan tradisional, seperti pelancongan, runcit, dan yang lain, dan saya fikir, mungkin terdapat kelemahan, bergantung keadaan. Jadi saya tidak akan risau terlalu banyak mengenai perkara yang hanya berlaku sementara," kata Encik Lee.
Ketika mengakhiri sidang puncak itu, Encik Lee berkata ASEAN sudah mengemas kini agendanya untuk memperbaiki kerjasama. Ia adalah perkara yang penting dalam membantu blok serantau tersebut mengekalkan kepentingannya di tengah-tengah ketegangan geopolitik, dan bukan kekal pasif atau elak daripada mempunyai pendirian terhadap isu-isu yang bangkit.

Ketika ditanya oleh media Singapura bagi contoh bagaimana ASEAN boleh lebih proaktif atau tegas dalam beberapa isu, Encik Lee berkata blok itu sudah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.
Encik Lee berkata, tanpa ASEAN, Forum Asia Tenggara tidak akan dihadiri para pemimpin dari Amerika Syarikat, Jepun, China, India, Australia, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia, yang berlangsung pada Khamis.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.