Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Thailand sahkan kerjasama kukuh tentera

Singapura dan Thailand telah menegaskan lagi hubungan pertahanan dua hala yang rapat dan terjalin sejak sekian lama.

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Thailand sahkan kerjasama kukuh tentera

(Gambar: Facebook/ Ng Eng Hen)

SINGAPURA: Singapura dan Thailand telah menegaskan lagi hubungan pertahanan dua hala yang rapat dan terjalin sejak sekian lama.

Penegasan itu dibuat semasa lawatan pengenalan Ketua Panglima Tentera Laut Thailand ke Singapura.

Laksamana Cherngchai Chomcherngpat menemui Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen pada Selasa (10 Jan).

Mereka membincangkan cara-cara untuk meningkatkan lagi kerjasama tentera laut Singapura-Thailand.

Laksamana Cherng-chai turut berkunjung ke kapal RSS Endeavour dan Pusat Penyebaran Maklumat, di Pangkalan Tentera Laut Changi. 

Beliau juga bertemu Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan