SG-Thailand meterai perjanjian pelaksanaan pacu projek kredit karbon
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Thailand memeterai Perjanjian Pelaksanaan bagi kerjasama kredit karbon.
Ini merupakan perjanjian pertama seumpamanya antara Singapura dengan sebuah negara ASEAN.
Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi Dr Tan See Leng dan Menteri Sumber Asli dan Sekitaran Thailand Chalermchai Sri-on memeterai perjanjian itu semasa satu forum perniagaan di Bangkok.
Projek-projek karbon di bawah perjanjian baharu itu bertujuan mengurangkan pendedahan kepada kelemahan dan membina daya tahan bagi menangani kesan perubahan iklim di Thailand.
Ia sejajar dengan Artikel 6 di bawah Perjanjian Paris, yang membolehkan kerjasama antarabangsa bagi mencapai sasaran iklim.
Dr Tan berkata: "Perjanjian ini akan membuka pembiayaan iklim tambahan. Ia akan merangsang dan meningkatkan pelaburan menjadi projek karbon berwibawa di Thailand seperti dalam bidang perhutanan dan mobiliti elektrik.
"Ia juga akan menyokong rakyat Singapura dalam memenuhi sasaran iklim kami. Saya yakin bahawa kolaborasi kami dalam bidang ini akan menjadi suatu petunjuk bagi rantau ini dengan mempamerkan bagaimana negara-negara boleh bekerjasama. "

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.