SG terus dikenakan kadar tarif sebanyak 10%: MTI
Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengesahkan pada Jumaat (1 Ogos) eksport Singapura ke Amerika Syarikat akan terus dikenakan kadar tarif 10 peratus.
MTI memberikan kemas kini itu selepas Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong mengatakan pada awal minggu ini bahawa Amerika Syarikat tidak bersedia untuk mengadakan perbincangan bagi mengurangkan tarif ke atas Singapura.
MTI menyatakan pihaknya sedang memantau perkembangan dengan teliti, dan ia akan mendapatkan penjelasan daripada Amerika Syarikat jika perlu.
Buat masa ini, tiada maklumat didedahkan mengenai tarif ke atas sektor-sektor seperti farmaseutikal dan semikonduktor.
Seorang penganalisis berkata ketidaktentuan itu menjejas ramalan ekonomi.
"Singapura sedang cuba merundingkan konsesi dalam hal ini, tetapi tidak begitu jelas tentang apa hasilnya. Maka itu, sebarang tarif tambahan ke atas barangan elektronik dan farmaseutikal sudah tentu akan memberi kesan negatif kepada sektor pengilangan Singapura kerana kini kedua-dua produk tersebut mendapat pengecualian," kata Ahli Ekonomi, Maybank Securities, Brian Lee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.