Skip to main content

Singapura

SG teroka usaha hasilkan panduan bimbing syarikat terap AI tangani perubahan teknologi, tingkat produktiviti

Anggaran Waktu Membaca:
SG teroka usaha hasilkan panduan bimbing syarikat terap AI tangani perubahan teknologi, tingkat produktiviti
(Gambar: Tangkapan skrin video Mediacorp)
Diterbitkan : 05 Feb 2026 07:42PM Dikemas Kini : 05 Feb 2026 07:43PM
SINGAPURA: Pemerintah sedang meneroka pelaksanaan panduan bagi membantu syarikat-syarikat menerapkan kecerdasan buatan (AI), sedang pemerintah meningkatkan usaha menangani perubahan pesat teknologi serta meningkatkan daya penghasilan.

Usaha itu sebahagian daripada Semakan Strategi Ekonomi (ESR) yang dijalankan pemerintah demi menjana pertumbuhan serta mewujudkan pekerjaan berkualiti.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Dr Koh Poh Koon semasa mengadakan lawatan ke syarikat Grab.

Sebuah jawatankuasa ESR sedang meneliti cara untuk memperkukuh hubungan antara sekolah dan tempat kerja, bagi memastikan para lulusan lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan.

Dr Koh berkata: "Kita perlu memikirkan bagaimana membantu perniagaan memulakan langkah pertama, menjelaskan strategi hala tuju mereka, serta mempunyai pelan yang jelas.

"Mungkin (kami boleh( menyediakan panduan yang mudah diterima oleh syarikat, berdasarkan pengalaman syarikat lain. Mungkin di peringkat sektor supaya mereka mendapat gambaran lebih jelas tentang cara mengaplikasikan AI dalam proses perniagaan masing-masing, dan pada masa yang sama, membawa para pekerja bersama dalam perjalanan ini."
 
Sumber : CNA/HD/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita