Skip to main content

Singapura

SG teroka 'peralatan baharu' untuk 'urus pelaburan penting ke dalam entiti kritikal': Gan Kim Yong

Anggaran Waktu Membaca:
SG teroka 'peralatan baharu' untuk 'urus pelaburan penting ke dalam entiti kritikal': Gan Kim Yong

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berucap di dialog ekonomi tahunan kementeriannya pada 28 Ogos 2023. (Gambar: CNA/Tang See Kit)

SINGAPURA: Singapura sedang meneroka "peralatan baharu" untuk "menguruskan pelaburan penting ke dalam entiti kritikal".

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong pada Isnin (28 Ogos).

Menteri tersebut, yang berkata demikian kepada para wartawan di luar dialog ekonomi tahunan kementeriannya itu, tidak memperincikan apakah peralatan baharu mahupun entiti kritikal yang dimaksudkan itu.

Beliau berkata bahawa langkah baharu itu muncul sedang Singapura berdepan dengan "cabaran besar" dalam ekonomi sejagat itu dan terdapat keperluan untuk memperkukuh kedudukan negara ini sebagai "sebuah hab yang dipercayai bagi perusahaan untuk melabur dengan yakin".

"Untuk berbuat demikian, kami perlu memastikan bahawa pelaburan ke dalam entiti kritikal tidak menjejas daya tahan ekonomi Singapura dan kepentingan keselamatan negara kita," ujar Encik Gan.

"Sebab itu Kementerian Perdagangan dan Perusahan sedang meneroka peralatan baharu untuk membenarkan kami menguruskan pelaburan penting ke dalam entiti kritikal."

Encik Gan menambah bahawa banyak negara di merata dunia telah melakukan demikian.

Melangkah ke hadapan, kementeriannya akan mendampingi "industri-industri untuk lebih memahami perspektif mereka dan bekerja bersama mereka untuk mengurangkan kesan terhadap perusahaan dan pelaburan".

Di sesi dialog sebelum itu, Encik Gan menyampaikan ucapan, di mana beliau menyentuh mengenai cabaran sejagat yang dihadapi Singapura.


"Kami telah meninggalkan fasa genting pandemik COVID-19 sebelum ini pada tahun ini, tetapi kami telah melangkah ke satu persekitaran yang agak kurang stabil dan tidak menentu. Cabaran baharu sudah muncul dan pada beberapa ketika, bertambah sukar," katanya.

Sungguhpun demikian, cabaran yang "menggentarkan" itu juga memberi peluang bagi Singapura," tambah menteri tersebut.


"Singapura mesti menangkis tekanan untuk melindungi diri sendiri dan bersifat lebih mementingkan diri sendiri," kata Encik Gan.

"Kami sentiasa mencari pendapatan dengan kekal terbuka, mengembangkan ruang ekonomi dan terus berhubung dengan dunia."

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita