SG teroka pelbagai huraian bijak atasi cuaca lebih panas, kerap hujan & banjir
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga ancaman yang bakal dialami pada dekad mendatang, iaitu cuaca lebih panas, lebih banyak hujan dan lebih mudah mengalami banjir, kini memberi tekanan kepada usaha hijau Singapura.
Industri binaan kini mencari cara-cara lebih baik untuk menyejukkan penduduk, dan pada masa yang sama mengelakkan daripada menyumbang kepada kenaikan paras laut.
Dengan suhu harian dijangka naik sebanyak 5 darjah Celcius menjelang akhir dekad ini, pelbagai usaha kini diteroka untuk mengatasinya.
Ini bermakna, mengurangkan penggunaan penghawa dingin, yang melepaskan banyak haba dan gas rumah hijau.
"Dengan mengurangkan penggunaan alat hawa dingin, kita boleh mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dari bangunan-bangunan kita. Pendekatan pengudaraan campuran kami bertujuan memecahkan lingkaran ini," kata Lei Yue, Penyelidik Bersekutu, Kolej Reka Bentuk dan Kejuruteraan Universtiti Nasional Singapura (NUS).
Encik Lei adalah anggota pasukan Universiti Nasional Singapura yang sedang menguji konsep campuran itu bagi pejabat.
Ia menggabungkan pengudaraan asli, kipas siling dan penyejukan di meja kerja untuk secara automatik mengekalkan suhu yang baik dalam bangunan.
Menurut pasukan tersebut, kaedah itu menggunakan separuh sahaja tenaga berbanding alat hawa dingin.
Majlis Bangunan Hijau Singapura menyatakan, negara ini perlu mengubah cara bangunan dibina.
"Dengan menggunakan sofwe untuk meneroka orientasi bangunan, bagaimana kami boleh mengurangkan kesan haba suria dan bagaimana kami boleh memanfaatkan arus angin musiman," kata Lee Ang Seng, Presiden Majlis Bangunan Hijau Singapura.
"Kemudian kami teroka cara menyepadukan pokok-pokok kepada bangunan yang membantu mengurangkan suhu dalaman bangunan," tambahnya.
Paras air laut di Singapura pula diramal naik sehingga 1.15 meter menjelang akhir abad ini.
Sebuah pasukan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kini mengkaji mewujudkan benteng fleksibel yang boleh naik dan turun bergantung kepada paras air laut.
Serta bagaimana ia boleh diterapkan kepada projek 'Long Island' di East Coast.
"Kami boleh membina tembok ini menggunakan membran. Jadi membran ini akan memisahkan air dan di atasnya anda boleh ada blok konkrit. Blok konkrit ini juga boleh digunakan bagi fungsi lain," kata Profesor Chu Jian, Pengerusi Sekolah Kejuruteraan Sivil dan Alam Sekitar NTU.
"Contohnya, bahagian dalam blok konkrit ini anda boleh gunakan bagi lebuh raya dan bahagian atas blok konkrit anda masih boleh ada pantai dan lereng bagi zon pasang-surut.
Agensi air negara (PUB) pula menyatakan, ia sedang merancang berdasarkan kenaikan paras air laut sebanyak 2 meter.
Semua ini dalam usaha negara mempersiapkan diri bagi cabaran iklim sama ada dari darat, laut mahupun udara.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.