SG teroka huraian inovatif lindungi pantai dari kenaikan paras air laut
Anggaran Waktu Membaca:

Pantai East Coast. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Singapura yang terletak di kawasan tanah rendah sedang meneroka huraian-huraian inovatif untuk melindungi pantainya daripada kenaikan paras air laut disebabkan oleh perubahan iklim.
Ini termasuk tembok bertindih kedap air untuk mencegah banjir.
Para pakar memberitahu Mediacorp idea-idea ini perlu diuji dalam persekitaran sebenar untuk memastikan ia praktikal dan berkesan menangani kenaikan paras air laut akibat luruan ribut.
Untuk membolehkan perancangan perlindungan pantai dilaksanakan dengan berkesan, agensi air negara PUB akan mengusulkan undang-undang baharu untuk menyokong langkah-langlah masa hadapan.
MEMBANGUNKAN HURAIAN INOVATIF
PUB sudah memperuntukkan S$125 juta di bawah kajian perlindungan pantai dan pengurusan banjir untuk melindungi pantai-pantai Singapura pada masa akan datang.
PUB dan agensi-agensi relevan yang lain sudah secara berperingkat menjalankan kajian di tapak-tapak khusus di beberapa bahagian pantai Singapura.
Ini termasuk kajian Bandar-East Coast yang sedang dijalankan, yang akan meliputi Changi, kawasan East Coast dan Kawasan Pesisiran Selatan.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan "pihaknya akan memaklumkan tentang perlunya melaksanakan langkah-langkah prasarana perlindungan pantai di kawasan-kawasan pesisiran selatan dengan projek-projek perumahan akan datang yang akan menghadap kawasan perairan.
Langkah-langkah ini penting memandangkan pantai Singapura meliputi kawasan seluas lebih 300 kilometer, menurut para pemerhati.
Buat masa ini, terdapat sebanyak 17 projek kajian yang dikendalikan oleh Institut Perlindungan Pantai dan Daya Tahan Banjir (CFI) Singapura - iaitu sebuah institut kajian di bawah Universiti Nasional Singapura (NUS).
Salah satu inovasi yang sedang dibangunkan ialah tembok bertindih.
Para pengkaji sedang berusaha untuk membangunkan tembok bertindih kedap air yang mudah dipasang dan boleh disesuaikan dengan persekitaran semula jadi.
"Perancangan kami adalah untuk terus menjalankan kajian lebih terperinci bagi setiap bahagian mudah terjejas di pantai sedia ada," kata Penolong Profesor Chew Soon Hoe dari Jabatan Kejuruteraan Sivil dan Sekitaran NUS.
Kajian-kajian berskala model makmal juga sudah dijalankan "untuk mengesahkan bahawa huraian-huraian kami berkesan," tambah beliau.
"Selain itu, kami juga mahu menjalankan ujian perintis di beberapa bahagian pantai Singapura dan menguji seluruh konsep ini untuk mengesahkan sama ada ia praktikal...dan sama ada ia sesuai dengan persekitaran kita."
Kajian-kajian setakat ini menunjukkan sekitar suku daripada Daerah Pusat Bandar Singapura boleh mengalami banjir jika paras air laut naik walaupun sekadar beberapa meter, kata Penolong Profesor Chew.
Kebanyakan kawasan itu dibangunkan di atas tanah tambak dan kurang 5 meter dari paras air laut.
"Jika paras air laut terus naik, seluruh pulau ini akan terjejas," tambah beliau.
PERLIDUNGAN TERHADAP TUMPAHAN MINYAK
Menurut para pakar. terdapat juga keperluan bagi amalan-amalan untuk melindungi pantai daripada tumpahan minyak.
Awal tahun ini, pantai selatan Singapura menjadi hitam dek tumpahan sekitar 400 metrik tan minyak selepas dua kapal bertembung.
Insiden tumpahan minyak pada 14 Jun, yang menjejas Sentosa dan pantai-pantai lain, berpunca daripada sebuah kapal korek dari Belanda yang bertembung dengan sebuah kapal Singapura yang membawa bekalan bahan api di Terminal Pasir Panjang.
Ia mencetuskan operasi pembersihan besar-besaran yang mengambil masa lebih dua bulan.
Dr Jani Tanzil, seorang zamil kanan kajian dan pengarah kemudahan di Makmal Marin Nasional Pulau Sekijang Bendera, berkata tumpahan minyak boleh meninggalkan kesan besar ke atas persekitaran pantai.
Tumpahan minyak pada 14 Jun merupakan "insiden yang memberi kesedaran tentang apa yang boleh berlaku di perairan Singapura apabila terdapat kegiatan kapal yang sangat sibuk dan banyak kegiatan maritim dalam ruang yang kecil," tambah beliau.
"Kita bernasib baik kerana tumpahan minyak berlaku ketika air pasang paras sederhana. Oleh itu ia tidak sampai ke sebahagian besar kawasan terumbu karang dan rumpai laut.
"Namun jika kegiatan pembersihan itu tidak sepantas dan secekap ini, minyak tersebut boleh merebak lebih jauh dan benar-benar menjejas ekosistem pasang surut air, yang kita tahu sangat sensitif namun tetap penting dan menyokong biodiversiti," tambah beliau.
Mengulas tentang perkembangan di pantai, Dr Tanzil berkata Singapura perlu melindungi pantai-pantainya supaya ia boleh menjadi kediaman "bukan hanya untuk manusia tetapi juga hidupan laut".

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.