Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG teroka cara beri sokongan lebih baik bagi golongan penganggur

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Nov 2022 08:37PM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 08:52PM

SINGAPURA: Singapura sedang meneroka cara-cara untuk menyokong golongan penganggur dengan lebih baik lagi.

Matlamat utama bagaimanapun adalah untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Ini adalah sebahagian daripada 'Kesihatan Kerjaya', kata Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng. 

Ia termasuk memeriksa peluang-peluang kerjaya seseorang, serta laluan untuk berkembang maju, selain mengikuti perkembangan industri.

Dr Tan berucap demikian di satu sesi dialog mengenai bagaimana membina sebuah masyarakat yang banyak peluang.

"Kami sedang meneliti dengan sangat rapi bagaimana menawarkan sokongan lebih baik bagi para pekerja yang diketepikan. Kami akan mengendalikannya dalam minggu-minggu mendatang bagaimana menyusunnya dengan hati-hati kerana ini satu imbangan yang halus.
 
"Tujuannya adalah membantu seberapa ramai pekerja yang kami boleh supaya mereka kembali bekerja, dengan menggalakkan mereka agar gigih dan berkesan dalam pencarian pekerjaan," tambah Dr Tan. 

Sumber : CNA/DY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan