SG terajui usaha tetapkan garis panduan teksi udara, dron di Asia
Satu set garis panduan sedang dilakarkan bagi teksi udara dan dron di Asia, di mana para pemain industri berkata ia menandakan pencapaian penting bagi penggunaan teknologi tersebut secara meluas.
Pesawat eVTOL, yang lebih dikenali sebagai teksi udara, terbang berdekatan sebuah helikopter di California pada 7 Okt 2024. (Gambar: AP/Terry Chea)
Ia juga boleh membantu lebih banyak syarikat menembusi pasaran dan menawarkan perkhidmatan seperti khidmat penghantaran makanan dan ubat-ubatan menggunakan dron.
Singapura kini menerajui usaha untuk melakarkan garis panduan bagi pihak berkuasa penerbangan awam di rantau ini, yang akan merangkumi pesawat elektrik yang Berlepas dan Mendarat Secara Menegak (eVTOL) - atau dikenali sebagai teksi udara - serta sistem pesawat tanpa pemandu atau dron.
Pada Rabu (2 Apr), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengeluarkan seruan mengumpul maklum balas mengenai garis panduan tersebut dari para pemain industri sehingga 23 April.
CAAS bekerjasama dengan 23 pengawal selia lain di Asia Pasifik - termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan China - untuk melakarkan bahan-bahan rujukan tersebut bagi para pengawal selia.
Bahan-bahan itu akan diterbitkan pada Julai sebelum diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada September.
"Ia membantu pengawal selia memastikan keselamatan orang awam dan penerbangan di samping menyokong pembangunan teknologi baharu yang berpotensi besar mengubah cara kita menjalani kehidupan, bergerak dan bekerja," kata pengarah agung CAAS Han Kok Juan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.