SG 'tempat sangat menarik' untuk bangun teknologi iklim baharu: Bill Gates
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perubahan iklim merupakan satu isu yang memerlukan "IQ dari seluruh planet", dan bukan terhad kepada "beberapa negara kaya dari Barat".
Demikian dikongsikan bekas pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp minggu lalu.
"Saya percaya bahawa kita memerlukan inovasi untuk menghuraikan masalah tenaga bersih kita, dan anda mempunyai banyak keupayaan saintifik yang hebat di Asia, secara meluas dan terutamanya di Asia Tenggara," ujar Encik Gates, yang juga pengasas firma pelaburan iklim Breakthrough Energy.
"Singapura mempunyai universiti yang sangat kukuh. Ia adalah tempat yang sangat menarik, jika anda datang dari pelbagai pelusuk Asia, untuk membina pasukan.
"Singapura, kerana kejayaannya, boleh mengambil pandangan jangka panjang dan memainkan peranan yang kukuh dalam mengeram (incubate) beberapa teknologi ini," tambahnya.
Encik Gates bercakap kepada Mediacorp pada Rabu (26 Jun) di London di 'Breakthrough Energy Summit', satu sidang iklim tahunan yang diadakan oleh firmanya.
KERJASAMA BERSAMA TEMASEK, ENTERPRISE SINGAPORE
Pada April lalu, syarikat tersebut mengumumkan satu kerjasama dengan agensi pemerintah Enterprise Singapore dan firma pelaburan negara Temasek dengan memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) untuk mengenal pasti dan mengembangkan teknologi iklim baharu di Asia Tenggara.
MOU itu, yang diumumkan pada Minggu Ecosperity 2024, dilengkapi dengan komitmen pembiayaan bersama dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Untuk itu, program 'Breakthrough Energy Fellows' akan menubuhkan hab di Singapura - yang pertama seumpamanya di peringkat serantau di luar Amerika Syarikat.
Menerusi program tersebut, Singapura akan membiayai bersama dan membangun syarikat pemula iklim berteknologi mendalam yang menangani tenaga boleh diperbaharui dan jejak karbon. Ini disasarkan untuk membantu rantau ini mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050.
TERLETAK DI LOKASI BAIK SEBAGAI INKUBATOR
Dalam wawancaranya bersama Mediacorp, Encik Gates menjawab soalan mengenai potensi Asia Tenggara untuk menjadi inovator tenaga bersih dan bagaimana Singapura boleh membantu mendorong agenda firmanya ke peringkat serantau.
"Masalah iklim adalah satu masalah sejagat, dan ia mendapat desakan tertentu, dan oleh itu anda akan mahu melibatkan IQ dari seluruh planet ini. Anda tidak mahu menyekatnya hanya kepada beberapa negara kaya di Barat," katanya.
"Saya fikir kami akan terkejut dengan idea-idea yang muncul. Jelas sekali, Asia merupakan satu perindustrian, dan perkara-perkara seperti simen dan keluli - kadar dan daya saing industri-industri itu sebenarnya lebih kuat di Asia daripada di tempat lain di planet ini."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.