SG tarik pelaburan S$14.2 bilion pada 2025; sekitar 15,700 pekerjaan baharu dijangka dalam 5 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menarik pelaburan berjumlah S$14.2 bilion pada 2025, yang dijangka mewujudkan 15,700 pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Isnin (9 Feb).
Pelaburan aset tetap berjumlah S$14.2 bilion, yang merujuk kepada perbelanjaan ke atas aset jangka panjang seperti kemudahan, peralatan dan mesin, merupakan peningkatan kecil berbanding S$13.5 bilion pada 2024.
Jumlah perbelanjaan perniagaan, yang merujuk kepada kos operasi tambahan syarikat termasuk gaji dan sewa, meningkat sedikit kepada S$8.9 bilion pada 2025 daripada S$8.4 bilion pada tahun sebelumnya.
Komitmen pelaburan adalah setara dengan tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun dalam persekitaran global yang tidak menentu, kata EDB dalam laporan tahunannya.
Pada 2025, syarikat terpaksa berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan, daripada pelaksanaan kadar cukai minimum global, hinggalah kepada “Hari Pembebasan” Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta tarif, kata pengerusi EDB, Png Cheong Boon.
“Mujur Singapura kekal sebagai destinasi pilihan utama dalam fikiran pemimpin perniagaan.
"Ini disebabkan rekod cemerlang kami sebagai lokasi yang stabil, boleh dipercayai, berhubung dan dipercayai, selain dasar yang konsisten, mesra perniagaan dan prasarana yang baik,” katanya.
PEKERJAAN YANG DIJANGKA DIWUJUDKAN
Keputusan 2025 menunjukkan bahawa komitmen pelaburan dijangka tidak akan mencerminkan tahap nilai tambah atau penciptaan pekerjaan baharu yang sama, kata Encik Png.
Penciptaan pekerjaan merujuk kepada jumlah pekerjaan baharu yang berkaitan dengan pelaburan apabila ia direalisasikan sepenuhnya, manakala nilai tambah mengukur sumbangan langsung sesebuah syarikat kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura, tidak termasuk kesan pengganda (multiplier effect).
Sebanyak 15,700 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam tempoh lima tahun akan datang, iaitu yang terendah sejak sekurang-kurangnya 2005, berdasarkan data terawal yang disediakan.
Pada 2024, kira-kira 18,700 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam tempoh lima tahun.
Penurunan jangkaan penciptaan pekerjaan berlaku di tengah-tengah prospek yang lebih berhati-hati serta peningkatan penggunaan automasi dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi perniagaan, kata Encik Png.
“Namun begitu, peratusan pekerjaan berkualiti yang akan diwujudkan daripada pelaburan yang diperoleh pada tahun 2025 kekal tinggi,” tambahnya.
“Lebih dua pertiga daripada pekerjaan baharu dijangka mempunyai gaji bulanan kasar melebihi S$5,000.
“Ini akan mewujudkan peluang untuk siswazah baharu dan juga pekerja pertengahan kerjaya. Ia akan menawarkan laluan kerjaya yang bermakna kepada tenaga kerja kami, khususnya mereka yang mempunyai kepakaran yang diperlukan dan berprestasi baik; serta peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dan memikul peranan baharu.”
Penciptaan pekerjaan tersebut adalah dalam sektor perkhidmatan (40 peratus), pengilangan (37 peratus), serta penyelidikan dan pembangunan serta inovasi (23 peratus). Kebanyakan peranan ini adalah jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), kata EDB.
Pengarah urusan EDB, Jermaine Loy, menambah bahawa apabila industri berubah, peranan pekerjaan juga semakin berkembang.
Pada 2025, pelaburan dijangka menyumbang nilai tambah sebanyak S$18 bilion - menurun daripada S$23.5 bilion pada 2024.
Angka yang lebih rendah ini adalah hasil daripada prospek perniagaan syarikat yang lebih berhati-hati, yang menyederhanakan unjuran permintaan serta ramalan hasil dan keuntungan, kata Encik Png.
PROSPEK DAN KEUTAMAAN
Encik Png menyatakan bahawa semakin banyak perniagaan global mencari peluang pertumbuhan dan daya tahan rantaian bekalan yang lebih kukuh di luar pasaran dan pangkalan operasi tradisional.
Asia Tenggara, khususnya, telah menunjukkan “prospek pertumbuhan yang lebih cerah”, dan Singapura berada dalam kedudukan yang “baik” untuk menyokong syarikat yang ingin berkembang ke rantau ini, tambahnya.
Namun, pengerusi EDB itu berkata Singapura perlu “berpandangan jelas” bahawa ia kini beroperasi dalam konteks yang berbeza daripada sebelum ini.
EDB berkata ia menjangkakan persaingan global yang berterusan dan sengit untuk pelaburan. Dengan perubahan struktur dalam landskap perniagaan global, penciptaan pekerjaan akan menjadi lebih mencabar.
Untuk mewujudkan jumlah pekerjaan yang sama, EDB perlu membawa masuk lebih banyak projek baharu, kata Encik Png.
Ini bermakna melibatkan lebih banyak syarikat merentasi lebih banyak sektor dan rantau, serta daripada pelbagai saiz syarikat dan peringkat pertumbuhan.
“Untuk kekal berdaya saing dan mendapatkan lebih banyak pelaburan, kita mesti menggandakan usaha dalam sektor di mana Singapura telah membina keupayaan yang kukuh, kedudukan kepimpinan global yang mantap dan oleh itu mempunyai kelebihan daya saing,” katanya.
Beliau memberi contoh sektor aeroangkasa Singapura, salah satu sektor pertumbuhan terkuat negara itu.
“Kami telah membangunkan industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih aeroangkasa yang besar selama bertahun-tahun, dengan kedudukan kepimpinan global dalam pembaikan komponen enjin pesawat,” tambahnya.
Dalam laporannya, EDB turut menyoroti bidang yang perlu diberi tumpuan, selaras dengan fokus Jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi (ESR).
Ini termasuk memperkukuh kepimpinan Singapura dalam sektor pertumbuhan, seperti AI, bagi meletakkan Singapura sebagai hab AI terkemuka dan ekonomi yang diperkasakan oleh AI.
EDB juga akan meneroka peluang baharu untuk mewujudkan enjin pertumbuhan baharu, serta mengenal pasti, menarik dan menambat syarikat berpertumbuhan tinggi yang berpotensi menjadi peneraju industri pada masa hadapan.
“Kami juga akan terus bekerjasama dengan syarikat untuk melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan kami bagi memastikan mereka mempunyai saluran bakat yang kukuh dengan kemahiran bersedia masa depan untuk memacu pertumbuhan masa hadapan,” kata Encik Png.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.