SG tarik pelaburan dan bakat meski di tengah konflik Timur Tengah
Singapura menarik pelaburan dan bakat walaupun konflik Timur Tengah berlarutan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menarik pelaburan dan bakat walaupun konflik Timur Tengah berlarutan.
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam berkata pemindahan aset ke tempat selamat itu berlaku kerana rekod dan kemantapan Singapura.
Semua ini kata beliau adalah hasil dasar pertahanan yang aktif, dan sebuah pemerintah yang baharu dipilih semula tahun lalu.
Encik Shanmugam berkata demikian di satu acara anjuran Dewan Perniagaan Amerika, mengenai bagaimana Singapura mengharungi kesan perang Iran.
"Dalam diam kami yakin bahawa walau apapun yang berlaku, pemerintah yang stabil dan kami mempunyai sumber untuk menangani situasi ini.
"Dan segala respons akan dipacu oleh ekonomi dan kerasionalan, dan bukan politik atau ideologi dan kami tahu bahawa kami perlu bekerjasama dengan perniagaan dalam bertindak balas," kata Encik Shanmugam.
"Jadi, anda boleh rasa yakin dengan itu, dan apabila berlaku gangguan antarabangsa, dan memang ada sekarang, akan sentiasa ada jalan keluar dengan selamat," tambah beliau.
Antara yang hadir di acara tersebut termasuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang berpangkalan di Singapura.
Encik Shanmugam menekankan bahawa pentadbiran yang baik, sistem kehakiman yang adil dan berteraskan undang-undang, merupakan antara contoh bagaimana negara mengekalkan reputasinya.
"Ia menguatkan seluruh pendekatan kami bagi Singapura selaku sebuah pusat antarabangsa. Jika anda ketepikan ini, kami tiada beza dengan tempat lain
"Kedua, maksud saya, semua ini bukan baharu. Ia kedengaran membosankan, tapi ini prinsip-prinsip yang teruji sepanjang masa, integriti dalam kepimpinan teratas di seluruh perkhidmatan awam, kerasionalan dalam penggubalan dasar dan cukai, tiada cukai retrospektif, tiada pemerintah yang datang meminta lebih banyak wang selepas itu. Keputusan dibuat berdasarkan fakta," kata Encik Shanmugam.

Sumber : CNA/QA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.