Skip to main content

Singapura

SG tarik balik telur import dari Ukraine dicemari Salmonela Enteriditis

Anggaran Waktu Membaca:
SG tarik balik telur import dari Ukraine dicemari Salmonela Enteriditis
Diterbitkan : 08 Aug 2023 09:27PM Dikemas Kini : 08 Aug 2023 09:28PM
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan telur yang diimport dari ladang LCC "Yasensvit" di Ukraine ditarik balik.

Ini setelah ia mengesan Salmonela Enteriditis, menurut kenyataan media pada Selasa (8 Ogos).

Telur-telur yang terjejas boleh dikenal pasti menerusi cop CEUA001 yang tertera padanya, menurut SFA.

Salmonela Enteriditis mungkin menyebabkan penyakit bawaan makanan jika dimakan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

SFA mengarahkan para pengimport supaya menahan atau menarik balik telur-telur terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua kumpulan telur dengan kod ladang CEUA001 terjejas oleh penarikan balik ini.

Penarikan balik itu sedang dijalankan.

Ladang LCC "Yasensvit" juga digantung sementara dan tidak dibenarkan mengeksport telur ke Singapura sehingga ia menyelesaikan isu pencemaran tersebut, menurut SFA.

Memandangkan Salmonela Enteriditis boleh dihapuskan oleh suhu panas, telur selamat untuk dimakan jika dimasak dengan betul sepenuhnya.

Bakteria boleh hidup dalam telur mentah dan tidak dimasak sepenuhnya dan boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan. Simptomnya termasuk cirit birit, sakit perut, demam, mabuk dan muntah.

Sementara jangkitan biasanya sembuh dalam seminggu bagi kebanyakan orang, Salmonela Enteriditis boleh menyebabkan jangkitan serius dalam kalangan orang mudah terjejas seperti warga tua, anak-anak kecil serta mereka yang mempunyai daya tahan lemah.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli telur-telur yang terjejas supaya memasak telur itu sepenuhnya sebelum dimakan.

Mereka yang sudah memakan telur tersebut dan berasa tidak sihat perlu berjumpa doktor.
 
Sumber : CNA/NK/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita