SG tarik balik syarat berkait melamina bagi import susu, termasuk susu tepung bayi, dari China
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan menarik balik syarat import berkaitan melamina bagi susu, produk susu dan produk yang mengandungi susu dari China mulai 1 November.
Demikian menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin (23 Okt).
Syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan sejak 2008, apabila melamina - bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik - dikesan dalam produk susu bayi, yang dihasilkan di China dalam sebuah skandal yang menggemparkan industri tenusu di negara tersebut.
"Sejak itu, China melaksanakan beberapa langkah untuk mengukuhkan penyeliaan dan proses pentadbiran produk-produk tenusu mereka, termasuk pelesenan pengeluaran yang lebih ketat, pemeriksaan, pengesanan, pemantauan dan penilaian yang lebih padu serta menguatkuasakan denda yang lebih berat bagi produk-produk yang didapati mengandungi melamina dalam rantaian makanan tenusu," menurut SFA dalam satu surat pekeliling.
SFA menambah bahawa langah-langkah tersebut merangkumi penternakan lembu susu, pembelian susu segar dan mentah serta pengangkutan susu segar dan mentah ke tempat-tempat memproses tenusu.
Di bawah syarat-syarat SFA yang sedia ada, susu, produk susu dan produk yang mengandungi susu dari China hanya boleh dibawa ke Singapura jika ia dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang diluluskan untuk dieksport oleh pihak berkuasa China.
Pengeluar tersebut dikehendaki menguji setiap kumpulan bahan mentah dan hasil produk mereka bagi memastikan ia tidak dicemari melamina.
Selain itu, pihak berkuasa Chi dan menguji setiap kumpulan produk dan mengeluarkan sijil kesihatan dengan hasil ujian melamina, di samping konsainan yang dieksport ke Singapura.
Meskipun syarat import berkaitan dengan melamina akan digugurkan mulai 1 November, susu dan produk susu yang diimport dari China - termasuk susu cecair, serbuk susu, keju, mentega, ais krim dan yogurt - akan terus tertakluk kepada pemeriksaan SFA dan mesti juga memenuhi syarat-syarat sedia ada yang lain bagi import sedemikian, tambah agensi tersebut.
Mediacorp sudahpun menghubungi SFA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.