SG tarik balik insentif cukai 2 pejabat keluarga punyai kaitan dengan Prince Group dari Kemboja
Dua pejabat keluarga tunggal (SFO) yang menerima insentif cukai di Singapura dikenal pasti mempunyai kaitan dengan Prince Holding Group dari Kemboja dan pengasasnya, Chen Zhi, dedah Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat di Parlimen pada Rabu (5 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dua pejabat keluarga tunggal (SFO) yang menerima insentif cukai di Singapura dikenal pasti mempunyai kaitan dengan Prince Holding Group dari Kemboja dan pengasasnya, Chen Zhi, dedah Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat di Parlimen pada Rabu (5 Nov).
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sudah pun membatalkan insentif cukai bagi kedua-dua entiti berkenaan, kata Encik Chee yang juga Timbalan Pengerusi MAS.
Beliau enggan mengulaskan lanjut atas sebab siasatan terhadap Chen dan sekutunya masih dijalankan.
Chen, 38 tahun, baru-baru ini didakwa di Amerika Syarikat kerana disyaki mendalangi skim penipuan mata wang kripto besar-besaran yang melibatkan kem buruh paksa di Kemboja.
Tiga warga Singapura dan 17 entiti berdaftar di Singapura turut dikenakan sekatan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah tersebut.
Menurut laporan Bloomberg, Chen menubuhkan pejabat keluarga, DW Capital Holdings, di Singapura pada 2018, yang mendakwa menguruskan aset melebihi S$60 juta.
Encik Chee berkata siasatan polis Singapura terhadap Chen dan sekutunya bermula sebelum pendakwaannya di Amerika Syarikat.
Pada 30 Oktober lalu, operasi penguatkuasaan menyebabkan enam hartanah dan pelbagai aset kewangan bernilai lebih S$150 juta dirampas, dengan perintah larangan pelupusan dikeluarkan terhadap aset-aset tersebut.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen Kenneth Tiong (WP–Aljunied) yang bertanya sama ada para individu yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan atau disabit dalam kes pengubahan wang haram besar-besaran di Singapura mengendalikan pejabat keluarga bebas cukai di Singapura.
Encik Tiong juga bertanya tentang semakan usaha wajar oleh MAS sebelum meluluskan insentif cukai serta pembaharuan sistemik yang dilaksanakan bagi menghalang rangkaian jenayah daripada mengeksploit rejim pejabat keluarga Singapura.
Dalam jawapannya kepada soalan Encik Tiong dan beberapa Anggota Parlimen, Encik Chee berkata SFO yang dikaitkan dengan individu yang disabit atas kesalahan pengubahan wang haram membentuk "purata kecil daripada keseluruhan sektor" iaitu "kurang 1 peratus".
Beliau juga memperincikan langkah-langkah sedia ada dan mengulangi peri penting Singapura "kekal terbuka kepada pejabat keluarga dan pelabur sebenar" untuk terus mengembangkan industri kewangannya dan mewujudkan pekerjaan yang bagus.
Sebagai contoh, sebagai sebahagian daripada proses permohonan insentif cukai, para individu dan entiti akan disemak berdasarkan pangkalan data untuk memastikan tiada laporan tentang pelibatan mereka dalam aktiviti haram.
SFO juga perlu membuka dan mengekalkan akaun bersama bank berlesen MAS dan ia tertakluk kepada semakan usaha wajar dan pemantauan berterusan.
Berdasarkan data sepanjang tiga tahun lalu, kira-kira 3 peratus daripada 1,300 permohonan skim insentif cukai ditolak, kata Encik Chee.
Sesetengah pemohon menarik diri selepas ditanya soalan dan syarat-syarat diperjelaskan di peringkat pra-permohonan.
Encik Chee menekankan perlunya "pendekatan berhemat dan seimbang" dan "mengelakkan daripada tindak balas keterlaluan apabila kes berlaku dari masa ke masa."
"Serupa dengan semua pusat kewangan antarabangsa utama, ia mustahil mempunyai sifar insiden, disebabkan kerumitan industri khidmat kewangan dan jumlah urus niaga yang banyak setiap hari," kata Encik Nee sambil menambah menangani jenayah kewangan memerlukan usaha global kerana aliran dana haram selalunya merentasi sempadan.
Setakat ini, ramai pihak berkepentingan industri menjangkakan Singapura mempunyai piawaian usaha wajar yang lebih ketat bagi pelanggan bernilai tinggi, kata Encik Chee.
"Jika kita mengetatkannya lagi sehingga proses menjadi terlalu rumit, ia akan menjejas daya persaingan kita, menolak para pelabur yang sahih dan mengancam menimbulkan risiko terhadap banyak pekerjaan tempatan," katanya.
"Ini bukan hasil yang kita mahukan untuk Singapura."
Menggunakan peribahasa dalam Bahasa Mandarin, beliau berkata: "Apabila kita membuka tingkap, lalat mungkin akan masuk juga.
"Huraiannya bukan untuk menutup tingkap dan menyekat cahaya matahari dan udara segar. Apa yang penting adalah kita bertindak pantas untuk menangani lalat yang sudah masuk, di samping membiarkan sinar matahari dan udara segar masuk."
“SOALAN BODOH”
Perbahasan Parlimen bertukar tegang apabila Encik Tiong bangun untuk mengemukakan soalan tambahan, termasuk sama ada MAS menjalankan semakan pertengahan penggal terhadap DW Capital Holdings antara 2018 dan tindakan Amerika Syarikat pada tahun ini.
Beliau turut bertanya sama ada pemerintah akan mewajibkan semakan usaha wajar yang lebih ketat terhadap hubungan pelanggan sedia ada di semua sektor kewangan yang dikawal selia.
Encik Chee kemudian bertanya sama ada pendirian Parti Pekerja (WP) adalah untuk mengambil pendekatan risiko sifar, atau sama ada Encik Tiong bersetuju bahawa Singapura harus mengekalkan pendekatan yang seimbang berdasarkan tahap risiko dengan piawaian yang tinggi.
Encik Tiong membalas dengan mengkritik apa yang disifatkannya sebagai “pola menteri dan pegawai politik untuk mengemukakan soalan retorik yang tidak bermakna.”
Apabila Speaker Parlimen Seah Kian Peng mencelah untuk meminta Encik Tiong menjawab soalan Encik Chee, beliau menjawab: “Jawapannya tidak, dan saya tidak fikir pandangan menteri adalah untuk mengambil pendekatan risiko sifar kerana itu adalah mustahil. Jadi, beliau menanyakan soalan yang bodoh.”
Encik Chee kemudian meminta Encik Tiong untuk menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf, sambil berkata adalah “tidak wajar” untuk menggunakan perkataan “bodoh”.
Walaupun Encik Tiong menarik balik kenyataannya, beliau menegaskan bahawa soalan tersebut “tidak bermakna”, menyebabkan Encik Chee menyuarakan “kekecewaan” terhadap sikap Anggota Parlimen WP itu.
Encik Seah turut melahirkan rasa kecewa terhadap insiden tersebut dan mengingatkan para ahli Dewan bahawa “adalah tidak wajar untuk menggunakan bahasa yang menghina atau menyinggung perasaan mengenai sebarang Anggota Parlimen.”
“Saya anggap apa yang anda katakan tadi agak menghina dan tidak sepatutnya digunakan dalam Dewan ini,” kata Encik Seah.
“Kita mahu menjaga maruah dan tatatertib dalam dewan ini, dan penggunaan bahasa seperti itu terhadap Anggota Parlimen lain tidak boleh diterima,” tambah beliau.
Encik Tiong kemudiannya meminta maaf kepada Encik Chee, yang menerima permohonan maaf itu sambil berkata: “Saya berharap di masa hadapan, kita dapat mengadakan perbincangan seperti ini dengan cara yang beradab, sopan (dan) saling menghormati.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.