SG tahan lelaki berkait kes penipuan yang libatkan hartawan Kemboja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki Singapura yang disyaki terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Prince Holding Group Kemboja ditangkap pada 11 Disember.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pada Jumaat (19 Dis) bahawa Nigel Tang Wan Bao Nabil ditangkap semasa kembali ke Singapura dan disyaki terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Chen Zhi, pengasas dan pengerusi Prince Group, dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya.
"Siasatan polis sedang dijalankan."
Tang, 32 tahun, merupakan kapten kapal layar mewah milik Chen, lapor Business Times.
Chen seorang hartawan British-Kemboja yang dituduh mengendalikan kem buruh paksa di Kemboja yang digunakan sebagai pusat penipuan bernilai berbilion dolar. Dia didakwa di Amerika Syarikat.
Washington menyatakan bahawa Prince Group berfungsi untuk menyelindungi "salah satu organisasi jenayah transnasional terbesar di Asia".
Konglomerat berbilang negara itu mempunyai projek bernilai lebih AS$2 bilion (S$2.59 bilion) di Kemboja, termasuk pusat beli-belah besar, Prince Plaza, di ibu negara Phnom Penh.
Prince Group menafikan dakwaan tersebut.
Tang ialah salah seorang daripada tiga rakyat Singapura yang dikenakan sekatan pada bulan Oktober oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika kerana hubungan mereka dengan Chen.
Pada hujung Oktober, polis Singapura menyatakan mereka merampas lebih AS$115 juta (S$148.68 juta) aset yang berkaitan dengan Chen susulan serbuan di pelbagai lokasi di negara kota itu.
Chen didakwa mengarahkan operasi tahanan buruh paksa di merata Kemboja, di mana ratusan pekerja yang diperdagangkan ditahan di kemudahan seperti penjara yang dikelilingi oleh tembok tinggi dan dawai berduri, menurut pendakwa raya Amerika.
Di bawah ancaman keganasan, mereka terpaksa melaksanakan penipuan yang dipanggil "penyembelihan babi" - skim pelaburan mata wang kripto yang membina kepercayaan dengan mangsa dari semasa ke semasa sebelum mencuri dana mereka, menurut Jabatan Kehakiman Amerika.
Sejak sekitar tahun 2015, Prince Group beroperasi di lebih 30 negara di bawah nama hartanah, perkhidmatan kewangan dan perniagaan pengguna yang sah, kata pendakwa raya.
Hasilnya dipercayai sebahagiannya melalui operasi perjudian dan perlombongan mata wang kripto Prince Group.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.