SG, Sweden meterai perjanjian penerbangan bagi tingkatkan pengurusan lalu lintas udara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Edgar Su)
SINGAPURA: Singapura dan Sweden menandatangani satu perjanjian penerbangan bagi meningkatkan keupayaan pengurusan lalu lintas udara.
Ia meliputi kerjasama dalam bidang Penyelidikan dan Pengembangan.
Kedua-dua negara juga akan bekerjasama dalam bidang-bidang seperti pendigitalan dan automasi serta kemampanan dalam sektor penerbangan.
Perjanjian itu ditandatangani sempena Lawatan Negara tiga hari Raja Carl ke-16 Gustaf ke Singapura yang bermula pada Selasa (19 Nov).
Empat lagi perjanjian akan ditandatangani.
Salah satunya termasuk perjanjian teknologi pertahanan yang diluaskan meliputi kerjasama dalam bidang inovasi.
Berucap dalam majlis Jamuan Negara pada Selasa malam, Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata perjanjian itu akan memudahkan kerjasama dengan syarikat pemula, perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan universiti dari kedua-dua negara.
Menurut Presiden Tharman, walaupun Singapura dan Sweden terletak jauh antara satu sama lain, kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan.
Ia termasuk sentiasa melakukan inovasi dan mengamalkan ekonomi terbuka serta berusaha mewujudkan masa depan yang baik untuk rakyatnya dan dunia.
Dalam ucapannya, Raja Carl Gustaf juga menarik perhatian kepada komitmen Singapura dan Sweden kepada amalan dagangan terbuka, inovasi dan kajian.
Pada Rabu (20 Nov), Raja Sweden itu akan menyertai satu forum perniagaan dan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti mengenai teknologi baharu.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.