Skip to main content

Singapura

SG, Sweden meterai 5 MOU bagi pertingkat kerjasama dua hala

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Nov 2024 07:47PM Dikemas Kini : 22 Nov 2024 12:08AM
SINGAPURA: Singapura dan Sweden meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti teknologi pertahanan, pengangkutan dan inovasi jagaan kesihatan.

Ini menyusuli lima memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua negara.

Awal dari itu, Perdana Menteri Lawrence Wong mengadakan pertemuan dengan Raja Sweden, Raja Carl XVI Gustaf, di mana kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi kerjasama kukuh antara kedua-dua negara.

NTU, INSTITUSI SWEDEN METERAI 2 PERJANJIAN

Dalam pada itu, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) memperdalam kerjasamanya dengan institusi-institusi Sweden, menyusuli lawatan Raja Carl ke kampus NTU pada Khamis (21 Nov).

Semasa lawatannya itu, NTU dan institusi-institusi Sweden memeterai dua perjanjian yang akan melanjutkan lagi hubungan akademik dan penyelidikan.

Perjanjian baharu itu akan memacu kerjasama penyelidikan dalam bidang-bidang seperti sains hayat, kemampanan dan kecerdasan buatan (AI).

Di bawah perjanjian tersebut, para penuntut possiswazah dari kedua-dua pihak akan mendapat lebih banyak peluang untuk menjalani program pertukaran.

Institusi Penyelidikan Tenaga NTU dan syarikat sistem tenaga Sweden, Anodox, juga akan bekerjasama untuk menghasilkan bateri yang cekap dan huraian penyimpanan tenaga.

Semasa lawatannya, Raja Carl juga menyertai perbincangan panel bersama para pemimpin industri, ahli akademik dan pegawai pemerintah untuk meneroka kesan dan peluang teknologi AI.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita