SG suntik S$440 juta dalam skim sokong sektor pemula 'deep tech'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan menyuntik lagi S$440 juta kepada skim untuk membantu meningkatkan keupayaan syarikat teknologi mendalam atau 'deep tech' yang berpangkalan di negara ini.
Pemerintah akan menggunakan dana itu untuk memadankan pelaburan sektor swasta.
Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, pada Isnin (28 Okt), di perasmian Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura (Switch) 2024 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.
Di bawah Skim Ekuiti SG Syarikat Pemula, had pelaburan ekuiti pemerintah ke dalam setiap pemula akan menaikkan daripada S$8 juta kepada S$12 juta.
Sejauh ini, lebih 330 syarikat pemula sudahpun meraih manfaat daripada program tersebut.
Encik Heng berkata jumlah pelaburan yang diperoleh syarikat pemula adalah lebih rendah, tahun ini.
Justeru, syarikat-syarikat itu boleh menjangkakan lebih banyak bantuan termasuk cabaran inovasi terbuka, kata Encik Heng.
Terdapat juga sebuah platform sehenti untuk membantu firma pemula luar negara memanfaatkan Singapura sebagai landasan pelancaran untuk berkembang ke luar negara.
"Singapura berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan kongsi bagi memperkukuh ekosistem inovasi kam, " kata Ecik Heng.
Tambah beliau: "Ini agar kami dapat berkhidmat sebagai sebuah Nadi Global-Asia untuk teknologi, inovasi dan keusahawanan serta menyokong masyarakat pemula tempatan, serantau dan sejagat. "

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.