SG sumbang AS$50,000 sokong SRC kumpul dana bantu mangsa banjir Pakistan
Kenderaan meredah jalan yang dinaiki air selepas hujan monsun dan paras air meningkat di Sialkot, wilayah Punjab, Pakistan. (Gambar: REUTERS)
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Jumaat (12 Sep).
Sumbangan dari Pemerintah Singapura itu adalah tambahan kepada ikrar SRC sebanyak S$50,000 bagi menyokong keperluan segera masyarakat Pakistan ang terjejas.
Singapura turut mengutuskan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa banjir tersebut, menurut kenyataan kementerian itu.
Setakat sehingga 10 September, pihak berkuasa Pakistan sedang berusaha menyelamatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta orang yang terancam banjir besar apabila air sungai melimpah ke kawasan kampung, menurut para pegawai dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut agensi berita Jerman dpa, sejak akhir bulan Jun, air sungai melimpah, banjir kilat, banjir di bandar dan tanah runtuh berlaku akibat hujan monsun lebat, hujan lebat luar biasa serta limpahan tasik glasier.
Ini sekali gus meragut 928 nyawa, menurut agensi bencana PBB.
Hampir enam juta orang terjejas akibat banjir di wilayah Himalaya, khususnya kawasan pergunungan barat laut dan dataran tengah setakat ini, dedah agensi itu.
Lagi 1.6 juta orang berisiko dilanda banjir besar dan mungkin perlu dipindahkan atau diselamatkan, menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), apabila air sungai melimpah ke wilayah selatan Sindh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.