SG sumbang AS$100,000 sokong usaha bantu masyarakat terjejas taufan di Sri Lanka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah Singapura akan menyumbang sebanyak AS$100,000 (S$129,000) sebagai dana permulaan untuk menyokong usaha pengumpulan dana awam oleh Palang Merah Singapura (SRC) bagi krisis kemanusiaan akibat taufan baru-baru ini di Sri Lanka.
Sumbangan itu akan melengkapi ikrar SRC sebanyak S$50,000 untuk menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas di Sri Lanka, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Jumaat (12 Dis).
Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan turut mengutus surat kepada Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake dan Menteri Ehwal Luar Vijitha Herath untuk menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa dan kemusnahan yang disebabkan oleh taufan tersebut, kata MFA.
Taufan Ditwah, yang melanda Sri Lanka dua minggu lalu, mengakibatkan banjir besar dan kejadian tanah runtuh di seluruh pulau itu.
Lebih dua juta penduduk Sri Lanka - kira-kira 10 peratus daripada penduduk negara itu - terjejas oleh taufan tersebut, yang merupakan yang terburuk di pulau itu dalam abad ini. Sekurang-kurangnya 639 orang maut dan sekitar 200 orang masih hilang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menyeru para penderma antarabangsa agar membantu menyediakan bantuan kepada Sri Lanka.
Encik Dissanayake berkata bahawa pemerintah Sri Lanka tidak mampu membiayai usaha pembinaan semula secara bersendirian dan merayu bantuan luar.
Utusan tertinggi PBB ke negara itu, Marc-Andre Franche, mengumumkan rancangan bagi dana kecemasan sebanyak AS$35.3 juta (S$45.6 juta), dengan AS$9.5 juta (S$12.3 juta) diperoleh daripada penderma antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Switzerland, Amerika Syarikat dan Britain yang sudah berjanji menyalurkan dana.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.