Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG sumbang AS$1 juta bagi melawan AIDS, Batuk Kering dan Malaria

Anggaran Waktu Membaca:
SG sumbang AS$1 juta bagi melawan AIDS, Batuk Kering dan Malaria

(Gambar: Towfiqu Barbhuiya/Unsplash)

SINGAPURA: Singapura akan menyumbang AS$1 juta (S$1.4 juta) kepada Tabung Global bagi Melawan AIDS, Batuk Kering dan Malaria.

Setiap tahun, pertubuhan antarabangsa itu mengumpul dan melabur berbilion dolar demi melawan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut, serta mengukuhkan sistem kesihatan di lebih 100 negara.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan Singapura mengiktiraf bahawa dalam dunia yang saling terhubung dan global, setiap negara perlu bekerjasama demi mengukuhkan kesihatan sejagat.

Usaha global yang berselaras diperlukan untuk meningkatkan kemampuan negara-negara supaya bersiap siaga bagi penularan baru.

MOH menambah, Singapura akan terus bekerjasama dengan Tabung Global dan para pemain antarabangsa lain demi menangani jurang utama dalam struktur kesihatan sejagat.
 
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan