Skip to main content

Singapura

SG sokong usaha Qatar capai gencatan senjata di Gaza: SM Teo

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Nov 2024 06:50PM Dikemas Kini : 27 Nov 2024 12:44AM
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean menzahirkan sokongan Singapura ke atas usaha Qatar untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.

SM Teo berada di Doha di mana beliau menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdul-Rahman Al Thani.

Kedua-dua pemimpin itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Qatar-Singapura.

Mereka menegaskan kembali hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

SM Teo juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Saoud Bin Abdul-Rahman Al Thani.

Mereka akur tentang kepentingan bersama yang dikongsi sebagai dua negara kecil, selain membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama.

SM Teo turut menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa Total-Energies di Doha.

Beliau akan berlepas ke Turki esok (27 Nov).
Sumber : CNA/LL/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita