SG sokong inisiatif Masyarakat Sifar Pelepasan Asia yang diterajui Jepun: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura menyokong sepenuhnya langkah Jepun menerajui usaha kemampanan di rantau ini.
Semasa lawatan empat harinya ke Tokyo, PM Lee menghadiri Sidang Puncak Bersama Pemimpin Masyarakat Sifar Pelepasan Asia, di mana para pemimpin membincangkan kerjasama dalam usaha mengurangkan pelepasan gas karbon serta peralihan kepada daya tenaga lebih bersih.
11 negara mengambil bahagian dalam Sidang Puncak Bersama Pemimpin Masyarakat Sifar Pelepasan Asia yang pertama.
Acara yang dikendalikan Perdana Menteri Fumio Kishida ini dihadiri Australia dan semua negara ASEAN kecuali Myanmar.
Matlamatnya adalah untuk mencapai pelepasan sifar karbon melalui pelbagai cara.
Ini memandangkan Asia menyumbang 60 peratus kepada pengeluaran gas karbon dioksida di dunia.
Rantau ini juga sangat bergantung kepada arang batu.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberikan sokongan beliau kepada inisiatif yang diterajui Jepun itu.
"Jika anda lihat perkara di bawah AZEC, ia menyentuh tentang perkara ini lagi tentang hidrogen hijau, prasarana bagi daya tenaga mampan, pembiayaan bagi daya tenaga mampan. Dan semua perkara ini juga harus diteliti oleh Singapura jika kita mahu mencapai pelepasan sifar karbon pada 2050. Ia akan menjadi satu cabaran besar, sesuatu yang tidak mudah, dan masih sedang diusahakan, tetapi kita sudah menetapkan sasaran dan kita akan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat itu," kata PM Lee.
Semasa Sidang Puncak ASEAN-Jepun semalam, para pemimpin berkongsi wawasan mereka mengenai keamanan dan kemakmuran.
Mereka juga komited untuk mematuhi undang-undang dan peraturan antarabangsa, serta menggariskan rancangan melaksanakannya.
Jepun sedang berusaha untuk meningkatkan pelibatannya dalam keselamatan rantau ini.
Sudah setahun sejak Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan strategi pertahanannya di tengah-tengah ketegangan yang kian meningkat di rantau ini.
Iai termasuk rancangan menggandakan perbelanjaan pertahanannya kepada dua peratus GDP negara itu dalam tempoh lima tahun.
Ia juga menawarkan lebih banyak peralatan pertahanan dan sokongan teknikal kepada ASEAN, serta pertukaran kakitangan dalam bidang berkenaan.
Pada tahun hadapan, Singapura akan mengambil alih daripada Thailand sebagai penyelaras bagi Hubungan Dialog Jepun dengan ASEAN.
2026 akan menyaksikan Singapura dan Jepun meraikan hubungan dua hala yang sudah terjalin selama 60 tahun.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.