SG sertai 41 negara sokong perjanjian pastikan Terusan Panama kekal terbuka kepada semua kapal
Singapura mengumumkan keputusannya untuk menyertai 41 negara lain dalam menyokong sebuah perjanjian bagi memastikan Terusan Panama kekal terbuka kepada semua kapal semasa waktu aman mahupun perang.
Presiden Tharman Shanmugaratnam (kanan) dan Presiden Panama Jose Raul Mulino semasa lawatan negara Encik Mulino ke Singapura. (Gambar: Mediacorp)
- Singapore joined 41 countries in supporting an agreement for the Panama Canal to remain open to all ships in times of peace and war.
- The announcement was made during Panamanian President José Raúl Mulino’s state visit to Singapore and a state banquet hosted by President Tharman Shanmugaratnam.
- The two leaders emphasised their shared maritime identity, open trade and the importance of stability in international supply chains.
- Building on the 2006 FTA, Singapore and Panama want to strengthen trade, investment, logistics, sustainability and new negotiations to combat cross-border crime.
- Singapura menyertai 41 negara menyokong perjanjian agar Terusan Panama terus terbuka kepada semua kapal ketika aman dan perang.
- Pengumuman itu dibuat sempena lawatan negara Presiden Panama José Raúl Mulino ke Singapura dan jamuan negara bersama Presiden Tharman Shanmugaratnam.
- Kedua-dua pemimpin menekankan identiti maritim bersama, perdagangan terbuka dan kepentingan kestabilan rantaian bekalan antarabangsa.
- Berbekalkan FTA 2006, Singapura dan Panama mahu memperkukuh perdagangan, pelaburan, logistik, kemampanan serta rundingan baharu menentang jenayah rentas sempadan.
Pengumuman itu dibuat sempena lawatan negara Presiden Panama José Raúl Mulino ke Singapura.
Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata perdagangan bebas dan terbuka merupakan nadi bagi kedua-dua negara maritim itu, dengan skop yang luas untuk memperkukuh kerjasama.
Beliau berkata identiti maritim yang dikongsi Singapura dan Panama memberikan kedua-dua negara pemahaman unik mengenai cabaran sejagat serta meletakkan mereka sebagai pemain penting dalam memastikan kestabilan dan kecekapan rantaian bekalan antarabangsa.
Presiden Tharman dan Presiden Mulino menyampaikan ucapan semasa satu jamuan negara yang diadakan bagi menyambut Presiden Panama itu.
PERKUKUH HUBUNGAN EKONOMI
Perjanjian Perdagangan Bebas yang dimeterai Singapura dengan Panama pada 2006 merupakan perjanjian pertama seumpamanya antara Singapura dengan sebuah negara Amerika Latin.
Menurut Presiden Tharman, syarikat-syarikat Singapura kini melihat Panama sebagai pintu masuk penting ke pasaran Amerika Latin dan Caribbean yang lebih luas.
Singapura pula boleh menjadi pintu masuk bagi syarikat-syarikat Panama yang mahu menembusi pasaran Asia Tenggara dan memanfaatkan peluang dalam pasaran ASEAN.
Terdahulu, Presiden Mulino disambut Presiden Tharman di Kementerian Ehwal Luar.
Beliau turut bertemu Perdana Menteri Lawrence Wong, dengan kedua-dua pemimpin membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, logistik serta kemampanan.
Singapura dan Panama juga bersetuju untuk memulakan rundingan bagi satu perjanjian baharu sedang kedua-dua negara memperhebat usaha memerangi jenayah rentas sempadan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.