Skip to main content

Singapura

SG sentiasa bangkit lebih kuat selepas berdepan cabaran, kata DPM Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Singapura akan sentiasa berdepan dengan cabaran.

Namun, sepanjang sejarah negara ini, ia merubah setiap cabaran menjadi satu peluang.

Beliau membuat komen itu di acara tahunan Majulah Run di Stadium Choa Chu Kang.

Hampir 3,000 orang berkumpul untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Singapura.

Acara larian itu berakhir dengan karnival, di mana para peserta bermain pelbagai permainan dan mencuba sukan yang berbeza.

Mengambil kira apa yang sudah Singapura lalui sepanjang 58 tahun lalu, Encik Wong berkata negara ini sering bangkit lebih kuat.

"Setiap kali kita berdepan krisis, setiap kali kita berdepan cabaran, kita sentiasa bersatu dan bangkit lebih kuat. Oleh itu, kita harus bergerak ke hadapan dengan yakin bahawa kita boleh melakukannya pada masa hadapan. Kisah-kisah terbaik dalam Kisah Singapura masih belum tertulis. Ia akan ditulis oleh kita semua. Dan maka itu kita boleh ke hadapan dengan keyakinan dan bergerak maju sebagai satu rakyat yang bersatu."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita