SG semak semula pelan induk sukan, tingkatkan sokongan bagi atlet kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura/Facebook)
SINGAPURA: Singapura sedang mengkaji semula pelan induk sukannya untuk memastikan negara ini boleh terus menyokong dan menghasilkan kecemerlangan dalam sukan dari atlet kurang upaya.
Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua, berjanji pemerintah akan berbuat demikian di satu acara meraikan pencapaian Team Singapore di Sukan Paralimpik Paris.
Encik Chua juga mengumumkan rancangan mengadakan perarakan pada 14 September ini bagi atlet para di Singapura.
“Kita akan menyemak semula Pelan Induk Sukan Kurang Upaya supaya kita bukan saja mempunyai 10 lagenda yang kita lihat hari ini. Tetapi kita akan terus ada Yip Pin Xiu, Jeralyn Tan, Daniel Chan seterusnya. Kita terus ada pelapis bakat muda dalam laluan sukan. Itulah yang akan kita lakukan dengan Pelan Induk Sukan Kurang Upaya yang disemak semula," kata Encik Chan.
Beliau menambah lebih banyak lagi akan dilakukan untuk memastikan sukan boleh diakses oleh semua di Singapura.
Itulah janji pemerintah tambah Encik Chua kepada semua untuk memastikan kita akan ada generasi seterusnya bakal juara Paralimpik.
Atlet para negara juga akan meneruskan latihan mereka, walaupun kempen Paralimpik Paris mereka sudah tamat.
"Saya sebenarnya akan memulakan latihan, dua hari selepas saya pulang ke Singapura. Jadi kami sudah merancang latihan dari segi mental, kerana ia adalah satu perkara yang ingin kami lakukan. Keutamaan kami adalah untuk memperbaiki diri setibanya kami pulang ke Singapura," kata atlet menembak Daniel Chan.
Namun, usaha untuk memperbaiki diri sendiri itu tidak boleh datang daripada atlet itu sahaja.
Oleh itu, Singapura melancarkan Pelan Induk Sukan Kurang Upaya pada 2016, dengan tujuan untuk meluaskan akses dan peluang bagi golongan kurang upaya untuk terlibat dalam sukan.
Perbincangan secara berkumpulan diadakan sejak beberapa tahun lalu, untuk menilai rancangan tersebut dan menerima maklum balas daripada masyarakat sukan kurang upaya.
Sebagai contoh, beberapa perubahan dilakukan di sejumlah pusat sukan, supaya memudahkan mereka yang kurang upaya dan meningkatkan program disediakan untuk mereka.
Salah satu aspek yang bakal diperbaiki adalah meningkatkan daya tahan dan menyesuaikan diri untuk pulih bagi atlet.
Ia merupakan satu perkara yang dikemukakan para atlet, ketika mereka menilai prestasi mereka di Paralimpik tahun ini.
“Berdasarkan pengalaman saya pada Paralimpik tahun ini, saya rasa ada kepentingan bagi daya tahan mental, untuk menyesuaikan diri dan pulih dengan cepat, terutamanya dari segi perubahan cuaca. Jadi ia adalah sesuatu yang saya dan pasukan saya akan perbaiki dari segi strategi setibanya pulang ke Singapura, untuk menjadikannya lebih baik," kata atlet memanah Nur Syahidah Alim.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.