Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG selamatkan 300 orang disyaki pendatang asing dari bot karam

Anggaran Waktu Membaca:

COLOMBO: Pasukan tentera laut Sri Lanka menyatakan pada Isnin (7 Nov) sekitar 300 orang disyaki pendatang asing telahpun diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura selepas bot yang dinaiki mereka mula karam. 

Jurucakap tentera laut, Indika de Silva, berkata seorang warga Sri Lanka yang berada atas bot itu menghubungi tentera laut berkenaan pada Isnin, mengatakan mereka dalam keadaan membimbangkan.

Sehubungan itu, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim di Colombo mendapatkan bantuan daripada Singapura, Vietnam dan Filipina. 

Pihak berkuasa Singapura kemudian memaklumkan kepada Sri Lanka bahawa penumpang-penumpang atas bot itu sudahpun diselamatkan dan sedang menuju ke Vietnam. 

Encik De Silva berkata pasukan tentera laut hanya sedia maklum mengenai kehadiran seorang rakyat Sri Lanka atas bot berkenaan dan identiti para penumpang lain akan dikenal pasti setelah mereka mendarat di Vietnam. 

Pada masa lalu, rakyat Sri Lanka kadangkala melakukan perjalanan bot haram yang berbahaya untuk melarikan diri daripada perang saudara yang berlarutan. Sesetengah rakyat Sri Lanka kini sedang cuba untuk melarikan diri daripada krisis ekonomi dengan berhijrah ke negara-negara lain secara haram.

Mediacorp sudahpun menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan