Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG selamat dari jenayah? Lelaki ini sengaja tinggalkan komputer riba di kafe

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bekas wartawan dan personaliti Youtube menjadi tular baru-baru ini kerana sengaja meninggalkan komputer ribanya di sebuah kafe untuk melihat sama selamat untuk berbuat demikian di Singapura.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok dan Instagram sepanjang seminit itu, Uptin Saiidi meletakkan komputer riba serta begnya di atas meja di sebuah cawangan Starbucks.

"Singapura mempunyai antara kadar jenayah paling rendah di dunia," katanya di permulaan video.

"Maka hari ini, saya akan meninggalkan komputer riba saya di Starbucks selama satu jam, saya tidak akan memberitahu sesiapa pun untuk mengawasinya, dan saya akan pergi ke tempat lain untuk makan tengah hari," tambahnya.

Wartawan itu menjelaskan bagaimana Singapura dapat membasmi jenayah, dengan menyebut bagaimana negara berjaya tidak mencatat sifar jenayah biasa selama 250 hari secara berterusan.

Bekas wartawan CNBC itu yang mempunyai 680,000 pengikut di TikTok memberi tiga sebab kadar jenayah sangat rendah di negara ini.

"Sifat jujur dan adil merupakan sebahagian besar budaya di sini."

"Nombor dua, keperluan asas dicapai, maka orang ramai tidak merasakan perlu melakukan jenayah. Ia hasil daripada ekonomi dan program pemerintah. Kebanyakan orang di sini hidup selesa. Anda tidak akan melihat gelandangan," tambahnya.

"Dan nombor tiga ialah pengawasan. Terdapat kamera di merata yang menghalang berlakunya jenayah, dan padah mencuri adalah sangat teruk."

Video tersebut menerima lebih 20 juta tontotan di TikTok dan mencuri tumpuan warganet di merata
dunia.

Beberapa netizen dipercayai warga Singapura, memberi komen di Instagram bahawa Encik Uptin sebenarnya bernasib baik, dengan salah seorang berkata, "Anda bernasib baik. Saya warga tempatan, kami tidak melakukan perkara gila seperti ini."

"Telefon bimbit saya pernah dicuri. Seseorang membuka bag saya ketika saya tidak melihat, ia berlaku di Singapura," kata seorang lagi netizen.

Sementara itu, ramai warganet melahirkan penghargaan kepada Encik Uptin kerana menjelaskan sebab kadar jenayah di Singapura begitu rendah.
Sumber : Agensi berita/AE/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan