SG sekat penjualan, bekalan kupang tercemar dari Port Dickson Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Sabtu (6 Apr) menyatakan pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) bahawa kupang yang ditemui di perairan Port Dickson, dicemari biotoksin dan tidak selamat untuk dimakan.
Timbalan Pengarah Agung (Pengurusan) Wan Aznan Abdullah berkata pada Khamis (4 Apr) bahawa terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson menjadi tercemar dan tidak selamat untuk dimakan.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menyatakan terdapat lapan kes keracunan makanan akibat pengambilan kupang, dengan dua kes dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU).
Melaka pada Jumaat (5 Apr) turut melarang pengambilan makanan laut itu sehingga "bacaan biotoksin mencecah paras yang boleh diterima dan kupang selamat untuk dimakan".
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SFA menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan para pengimport kupang untuk mengesahkan sumber masing-masing, di samping menyekat sebarang pembekalan dan penjualan terbabit dari Port Dickson.
Agensi itu juga akan bekerjasama dengan para pengimport untuk memastikan kupang-kupang tidak diimport dari bandar pinggir pantai Malaysia itu.
SFA menambah, Singapura tidak hanya mengimport dari Malaysia tetapi negara-negara lain seperti China, Jepun dan Vietnam.
"Industri itu boleh mendapatkan bekalan mereka daripada pelbagai sumber. Sejauh ini, SFA belum mengesan sebarang biotoksin dalam makanan laut yang diimport, termasuk kupang, sepanjang beberapa minggu lalu," terangnya.
ELAK MAKAN KUPANG MENTAH ATAU KURANG MASAK
Kerang-kerangan seperti kupang makan dengan cara menapis bahan terampai dan zarah makanan daripada air. Lantaran itu, kuman, virus dan toksin dapat dengan mudah terkumpul dalam tubuh mereka, menurut SFA.
"Walaupun bahaya keselamatan makanan boleh dihuraikan menerusi pengurusan atau cara masak yang betul, ada kalanya biotoksin laut tidak dapat larut semasa proses memasak," tambahnya.
Agensi itu turut menasihati para pembeli supaya tidak menuai sendiri dan memakan kerang-kerangan yang ditemui kerana ia mungkin mengandungi biotoksin yang tidak boleh larut dengan memasak sahaja.
Menurut laman SFA, biotoksin laut yang boleh menyebabkan keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP), tidak boleh larut dengan suhu tinggi sahaja. Toksin sebegini dihasilkan oleh alga dan "biasanya pada penumpuan sangat rendah yang tidak akan menimbulkan kebimbangan keselamatan makanan".
Namun apabila alga membiak, ia boleh "menjadi semakin banyak sehingga ke bilangan sangat tinggi, menyebabkan kerang-kerangan menjadi tercemar".
"Para pelanggan harus sentiasa membeli kerang-kerangan daripada penjual yang diluluskan SFA, dan mengelak daripada memakan kerang-kerangan mentah atau kurang dimasak, terutama sekali bagi yang muda, lanjut usia, individu yang mempunyai sistem imun bermasalah atau hamil," ulas agensi itu lagi.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.