SG sedia sokong usaha bina semula Gaza selepas gencatan senjata kekal dicapai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menyatakan pada Selasa (29 Jul) dalam jangka masa panjang, ia bersedia menyokong pembangunan semula Gaza sebaik sahaja perjanjian gencatan senjata berkekalan dicapai.
Timbalan Setiausaha Asia-Pasifik Kementerian Ehwal Luar (MFA) Kevin Cheok menyampaikan Kenyataan Singapura di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York mengenai huraian damai Palestin dan pelaksanaan huraian dua negara.
Beliau berkata Singapura menyokong Pelan Pembangunan Semula Arab yang diusulkan oleh Mesir dan visinya untuk membangunkan semula Gaza.
Usulannya itu mengenepikan Hamas dan menggantikannya dengan badan-badan sementara yang dikendalikan oleh negara-negara Arab, Muslim dan Barat.
Rancangan itu yang merupakan cadangan balas kepada cita-cita Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjadikan Gaza sebagai 'riviera', dan menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika melaksanakan pemindahan besar-besaran rakyat Palestin dari Gaza.
Ini kali pertama Singapura menyatakan sokongan secara terbuka kepada cadangan Mesir.
Para menteri luar dari Perancis, Jerman, Itali dan Britain sebelum ini berkata mereka menyokong cadangan itu.
Dalam kenyataannya kepada PBB, Encik Cheok berkata Singapura komited untuk bantu meringankan penderitaan kemanusiaan di Gaza.
Setakat ini, Singapura sudah menyumbang lebih AS$17 juta (S$21 juta) dalam bentuk wang dan bantuan serupa, serta bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi serantau dan badan-badan bantuan untuk menghulurkan bantuan sedaya mungkin.
"Memandang ke hadapan, kami sedang mempertimbangkan untuk mengerahkan sebuah pasukan perubatan ke wilayah itu bagi membantu merawat para pesakit dari Gaza," kata Encik Cheok.
Negara itu juga kekal komited untuk menyokong usaha pembinaan keupayaan Penguasa Palestin menerusi Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat bernilai AS$7 juta (S$9 juta), kata Encik Cheok.
Sebagai sebahagian daripada usaha itu, jumlah biasisiwa untuk rakyat Palestin menuntut di universiti-universiti tempatan di Singapura akan ditambah.
Ia juga akan melancarkan dua inisiatif pada tahun hadapan.
Singapura akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih pegawai Polis Awam Palestin dalam bidang kepolisa
Singapura akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih pegawai Polis Awam Palestin dalam bidang pengawasan masyarakat Ia juga akan melancarkan program pemimpin muda untuk berkongsi pengalaman dalam pentadbiran awam dan tadbir urus.
"Kami berharap usaha-usaha ini akan membantu menyediakan rakyat Palestin untuk kenegaraan mereka nanti."
PELANGGARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
Di PBB, Encik Cheok mengulangi semula komen Singapura berhubung situasi di Gaza dan sekali lagi menyeru gencatan senjata dilaksanakan dan supaya Hamas segera membebaskan semua tebusan tanpa syarat.
"Apa yang kami saksikan di Gaza hari ini amat menyedihkan, Penafian bantuan kemanusiaan menyebabkan kebuluran dan kekurangan khidmat perubatan penting," katanya.
"Laporan mengenai penduduk Palestin yang ditembak ketika mendapatkan akses kepada bantuan makanan adalah mengejutkan. Ini tidak boleh diterima dan ia adalah pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa."
Beliau justeru menyeru pemerintah Israel supaya segera menarik balik semua sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan dan menyatakan PBB dan pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah harus dibenarkan meneruskan dengan misi bantuan mereka tanpa sebarang halangan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.