SG sedia buka lembaran baharu dalam hubungan dengan Jepun; perkukuh kerjasama dengan China, Korea Selatan
Singapura bersedia memasuki lembaran baharu dalam hubungannya dengan Jepun, sedang ia memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan China dan Korea Selatan, kata Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Sim Ann pada Jumaat (6 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura bersedia memasuki lembaran baharu dalam hubungannya dengan Jepun, sedang ia memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan China dan Korea Selatan, kata Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Sim Ann pada Jumaat (6 Mac).
Berucap di acara Business China, beliau menarik perhatian bahawa Perdana Menteri Lawrence Wong akan melawat Jepun lewat Mac ini sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan beliau ke seluruh rantau Asia Pasifik.
Lawatan itu akan menandakan 60 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dan Jepun, kata beliau, sambil menambah bahawa Singapura mengalu-alukan kerjasama lanjut dalam beberapa bidang termasuk ekonomi digital, peralihan hijau dan keselamatan.
Singapura percaya rantau ini akan meraih manfaat sekiranya Jepun memperkukuhkan kerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi di Asia dan membuat lebih banyak sumbangan kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Pasifik (APAC), kata Cik Sim dalam bahasa Mandarin.
“Pada masa yang sama, kami akur bahawa tahap kerosakan dan penderitaan yang disebabkan Jepun semasa Perang Dunia II terus menimbulkan isu sejarah yang rumit di beberapa bahagian Asia,” kata beliau, sambil menambah bahawa isu-isu tersebut perlu ditangani dengan penuh kepekaan.
Selepas 80 tahun, dengan peredaran generasi dan perubahan dalam persekitaran strategik yang lebih meluas, Singapura berharap Jepun akan mempertimbangkan bagaimana isu-isu tertunggak tersebut dapat diselesaikan, kata Cik Sim.
Langkah itu akan membolehkan Jepun menyumbang dengan lebih banyak kepada rantau ini serta membantu dalam membina struktur serantau yang terbuka dan inklusif, tambah beliau.
“Ini mencerminkan pandangan Singapura buat sekian lama bahawa peringatan yang jujur serta usaha berterusan untuk berdamai boleh mengukuhkan kepercayaan serantau.”
Dengan landskap geopolitik yang berubah-ubah, usaha memperluas dan mengukuhkan pelibatan serantau bukanlah sesuatu yang boleh dipilih bagi Singapura, tetapi merupakan satu langkah yang strategik dan penting, kata beliau.
Walaupun Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kekal sebagai tunjang dasar luar Singapura, Singapura tidak boleh hanya berinteraksi dengan ASEAN sahaja, kata Cik Sim.
Beberapa rakan kongsi utama Singapura - China, Korea Selatan dan Jepun - berada di Asia Timur Laut, yang kepentingannya semakin meningkat, mencerminkan peralihan lebih meluas dalam ekonomi global.
“Asia tidak lagi ditakrifkan secara prinsip oleh peranannya dalam rangkaian pengeluaran global. Ia telah muncul sebagai pusat utama penggunaan, inovasi dan pembentukan modal dengan sendirinya,” kata beliau.
Tiga rakan kongsi utama ini bersama ASEAN, yang sering dirujuk sebagai ASEAN+3, membentuk 28 peratus daripada permintaan akhir global, menjadikannya pasaran kolektif terbesar di dunia, tambah beliau, sambil menyatakan bahawa ia mencerminkan keseimbangan semula ekonomi global ke arah rantau ini.
RAKAN KONGSI DI ASIA
Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia dan peneraju dalam beberapa sektor, China memainkan peranan yang amat penting dalam kalangan rakan kongsi Singapura, memandangkan ia mempunyai skala besar, kedudukan geografi yang dekat serta pengaruh dalam perkembangan serantau dan global, kata Cik Sim.
Singapura dan China menandakan 35 tahun hubungan diplomatik pada 2025, dan China merupakan negara bukan ASEAN pertama yang dilawati Encik Wong selepas beliau menjadi perdana menteri.
Singapura berperanan sebagai gerbang serantau bagi perniagaan China ke pasaran ASEAN, manakala syarikat-syarikat Singapura pula sentiasa digalakkan untuk melibatkan diri dalam pasaran China, kata Cik Sim.
“China telah menyatakan peranannya sebagai kuasa besar yang bertanggungjawab. Melihat kepada skala dan pengaruh besar China, dasar-dasarnya mempunyai kesan besar terhadap kestabilan serantau dan global,” kata beliau.
“Di tengah-tengah ketidaktentuan yang meningkat ini, China boleh membantu dalam mengukuhkan keyakinan terhadap sistem antarabangsa.”
Berhubung Korea Selatan, Cik Sim menyatakan bahawa Presiden Lee Jae Myung mengadakan lawatan negara ke Singapura awal minggu ini. Kedua-dua negara merupakan antara 10 rakan dagang utama masing-masing dan berkongsi persamaan dari segi pengalaman pembangunannya sebagai “harimau Asia” – ekonomi maju yang bergantung kepada perdagangan, yang menghargai inovasi dan keterbukaan.
“Kami berkongsi matlamat bersama untuk mempertahankan sistem perdagangan berbilang hala berasaskan peraturan,” kata beliau, sambil menambah bahawa Korea Selatan memainkan peranan yang semakin penting sebagai negara perdagangan utama yang mempunyai hubungan mendalam dalam rantaian bekalan global.
Cik Sim kemudian menggariskan sejarah panjang hubungan Singapura dengan Jepun.
Pada abad ke-19, pedagang Jepun membentuk sebuah masyarakat kecil tersendiri di Singapura, yang ketika itu merupakan sebuah bandar pelabuhan yang sedang berkembang.
Kemudian berlakunya Pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, tempoh di mana rakyat daripada pelbagai kaum mengalami kesengsaraan dan keganasan.
“Masyarakat Cina khususnya mengalami tindak balas yang teruk kerana sokongan kukuhnya terhadap usaha perang anti-Jepun China - yang paling dahsyat ialah operasi Sook Ching, di mana berpuluh-puluh ribu orang awam yang tidak bersalah terkorban,” kata beliau.
“Peristiwa tragis ini didokumentasikan dengan jelas dan disampaikan melalui tugu peringatan, pameran serta buku sejarah kita, supaya setiap generasi memahami apa yang berlaku.
"Kita mengingati sejarah ini bukan untuk membuka kembali luka lama, tetapi untuk memastikan kita tidak melupakan pengajarannya.”
Beliau menyatakan bahawa video maklumat palsu baru-baru ini tersebar online yang secara tidak benar mendakwa Singapura sudah mengubah pendiriannya terhadap Jepun berikutan tekanan luar dan dalam negeri.
Selepas kemerdekaan, Singapura perlu memutuskan bagaimana untuk melangkah ke hadapan, sambil menyeimbangkan tuntutan rakyat Singapura agar penderitaan yang ditanggung semasa perang diiktiraf.
Isu itu diselesaikan secara dua hala pada 1966, apabila Jepun menyediakan S$50 juta dalam bentuk geran dan pinjaman khas - sekali gus membuka laluan bagi Jepun untuk turut serta dalam membangunkan Singapura yang moden.
Hari ini, lebih 5,300 syarikat Jepun beroperasi di Singapura, menggajikan lebih 100,000 rakyat Singapura.
“Kini kita bersedia untuk memasuki lembaran baharu dalam hubungan kita,” kata Cik Sim.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.