SG sedang perbaharui strategi ekonomi demi perkukuh masa depannya dalam "dunia yang sangat berbeza sekarang": PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang memperbaharui strategi ekonominya untuk memastikan masa depan yang terjamin dalam "dunia yang sangat berbeza" yang dicirikan oleh persaingan, perpecahan, dan ketidaktentuan yang lebih ketara.
Demikian menurut Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (8 Ogos).
Dalam Amanat Hari Kebangsaan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara, beliau berkata untuk kekal berdaya saing, Singapura mesti kekal "luar biasa" dalam perpaduan, keazaman, dan prestasinya, serta "bergerak lebih pantas, menyesuaikan diri dengan lebih cepat, dan berinovasi dengan lebih bijak."
Ini bermakna mendakapi teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik, sambil memanfaatkannya secara bermakna di seluruh sektor ekonominya.
"Kita mesti membolehkan rakyat, pekerja, dan perniagaan kita memanfaatkan sepenuhnya alat-alat ini, dan mengasah kelebihan daya saing kita," kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.
Di tengah-tengah gangguan dan perubahan yang pantas, tidak semua orang akan mendapati peralihan ini mudah, tambahnya.
Berkenaan hal ini, Encik Wong berjanji bahawa pemerintah "akan mengharunginya bersama" rakyat Singapura seperti yang dilakukan selama enam dekad yang lalu.
"Kami akan meluaskan peluang untuk pembelajaran dan peningkatan kemahiran, mengukuhkan jaring keselamatan sosial, dan membantu setiap rakyat Singapura yang menghadapi kemunduran untuk bangkit semula dan terus berusaha," katanya.
"Itulah sebabnya saya melancarkan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura – untuk memperbaharui kompak sosial kita dan memberikan setiap rakyat Singapura sokongan dan keyakinan untuk menempuh jalan di hadapan."
Pemerintah juga sudah memperkenalkan dasar-dasar baharu, seperti Skim Sokongan Pencari Kerja SkillsFuture, untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan untuk kembali bangkit.
"Kami akan melakukan lebih banyak lagi untuk menaikkan taraf pekerja dan keluarga berpendapatan rendah, dan mencipta lebih banyak laluan untuk setiap rakyat Singapura untuk berjaya, tanpa mengira titik permulaan mereka dalam hidup," kata Encik Wong.
DI PERSIMPANGAN
Dalam amanatnya yang dirakam di Padang, Encik Wong bercakap tentang bagaimana Singapura kini berada di "persimpangan jalan."
"Secara terus terang, aturan global yang membolehkan Singapura berkembang pesat selama beberapa dekad sedang goyah di hadapan mata kita," kata perdana menteri, mengulangi bahawa negara kini mesti mengemudi dunia yang lebih bersaing, berpecah-belah, dan tidak menentu.
Setakat ini, ekonomi Singapura kekal berdaya bingkas, tetapi prospek di hadapan terus menjadi "sangat tidak menentu," kata Encik Wong.
"Kami menjangkakan ekonomi global akan kekal bermasalah untuk beberapa waktu. Perniagaan di mana-mana menangguhkan pengembangan dan pelaburan baharu," katanya.
Selain menangani cabaran segera, Singapura juga perlu melihat ke hadapan dengan menjangkakan apa yang bakal berlaku dan bersiap sedia untuk mengharungi gelombang perubahan seterusnya, tambahnya.
Encik Wong menyatakan bahawa negara-negara lain yang mempunyai lebih banyak sumber dan jumlah penduduk yang lebih besar "tidak diam diri." Kuasa-kuasa besar juga "kini lebih bersedia untuk menggunakan setiap wadah yang ada pada mereka – ekonomi, teknologi, dan geopolitik – untuk memihak kepada mereka", menjadikannya lebih sukar bagi negara-negara kecil seperti Singapura untuk bertahan.
"Masa-masa sukar menanti di hadapan tetapi kita tidak akan menyerah kalah dengan berputus asa Kita akan mengatasi cabaran-cabaran baharu kita," kata perdana menteri.
Beliau menambah bahawa rakyat Singapura sudah membuat "pilihan yang teliti dan jelas" dalam Pilihan Raya Umum baru-baru ini.
Kata Encik Wong: "Anda memilih pasukan yang anda percaya dapat mengemudi Singapura dengan terbaik melalui pergolakan ini. Kebijaksanaan dan kepercayaan anda memberikan pemerintah saya jaminan politik untuk bertindak dengan berani, dan keyakinan untuk memimpin dengan keyakinan, dan itulah yang sedang kita lakukan."
Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi 87 daripada 97 kerusi - atau hampir 90 peratus daripada kerusi - dalam pilihan raya 3 Mei, menangkis cabaran daripada pembangkang tanpa kehilangan sebarang kawasan baharu kepada saingannya.
Pilihan raya itu menandakan ujian pilihan raya pertama Perdana Menteri Lawrence Wong yang memimpin parti pemerintah. Dalam memimpin PAP untuk meningkatkan bahagian undi, Encik Wong mematahkan trend: Pilihan raya terdahulu pada tahun 1991 dan 2006 yang menyaksikan penurunan dalam bahagian undi PAP selepas perdana menteri baharu mengambil alih jawatan.
SEMANGAT SINGAPURA
Mengenang kemerdekaan Singapura pada tahun 1965 – yang dipaksa oleh keadaan dan memerlukan negara untuk menguatkan keazaman dan kemahuannya untuk terus hidup, Encik Wong berkata: "Terdapat banyak detik di mana sejarah boleh berubah menjadi lebih buruk. Namun, dengan menentang segala rintangan, kita berjaya.
"Inilah yang menjadikan SG60 begitu signifikan – bukan sahaja kita bertahan, tetapi kita menang dan makmur sedangkan hanya sedikit pihak yang (pada ketika itu) percaya bahawa kita akan dapat bertahan."
Melalui cabaran-cabaran yang terdiri daripada perselisihan kaum kepada pengunduran tentera British, krisis ekonomi kepada pandemik global, Singapura dan rakyat Singapura "bangkit semula, belajar daripada kemunduran kita, dan menemui kekuatan dan kemahuan untuk meneruskan."
Di tengah-tengahnya terletak "semangat Singapura," yang mewakili rasa perpaduan yang mendalam dan tujuan yang dikongsi, katanya.
"Sebagai sebuah negara kecil, kita tidak mampu untuk berpecah-belah. Perpaduan kita sentiasa menjadi sumber kekuatan kita. Apabila kita berdiri bersama, tiada apa-apa yang tidak dapat kita atasi," kata Encik Wong.
Perdana menteri menyatakan bahawa Singapura sudah beralih daripada negara dunia ketiga kepada negara dunia pertama dalam 60 tahun "bukan melalui nasib, tetapi melalui keazaman, daya bingkas dan perpaduan."
Sedang negara berada di ambang lembaran baharu, ia mesti mengambil kekuatan dari masa lalu dan terus maju dengan keyakinan.
"Bersama-sama, kita akan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk diri kita sendiri, anak-anak kita, dan generasi yang akan datang," katanya.
"Selamat Hari Kebangsaan. Majulah Singapura!"

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.