Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Secure berusaha jadikan pamerannya lebih interaktif

SG Secure, gerakan kebangsaan yang bertujuan mempersiapkan orang awam jika berlaku serangan pengganasan, sedang berusaha untuk menjadikan pamerannya lebih interaktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Aug 2019 07:41PM Dikemas Kini : 24 Aug 2019 11:28PM

SINGAPURA: SG Secure, gerakan kebangsaan yang bertujuan mempersiapkan orang awam jika berlaku serangan pengganasan, sedang berusaha untuk menjadikan pamerannya lebih interaktif.

Salah satu daripadanya ialah pameran bergerak baru yang melibatkan simulasi serangan pengganas di pawagam untuk menguji respons orang awam ketika kecemasan.

Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata pengalaman seperti itu adalah realistik dan mampu menyebarkan mesej secara lebih berkesan.

Ia kelihatan seperti tayangan filem biasa, namun ia bertukar menjadi satu latihan kecemasan.

Itulah matlamat pameran bergerak baru di Northpoint City, yang mahu melihat reaksi orang awam semasa kecemasan.

"Membawa latihan ini kepada orang awam, menjadikannya realistik, menjadikannya sesuatu di mana mereka juga boleh terlibat, itulah tujuannya, menyebarkan mesej, melatih seberapa ramai orang," menurut Encik Shanmugam.

Satu serangan simulasi di sebuah kedai juga dijalankan, melibatkan anggota polis dan pertahanan awam serta penyewa dan kakitangan pusat beli-belah itu.

Pihak berkuasa juga berharap pemilik kedai boleh memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kesediaan para pekerja menghadapi keadaan
kecemasan.

Pusat beli-belah Northpoint City Mall misalnya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menganjurkan latihan kecemasan bagi penyewa dan peniaga mempersiapkan diri .

Menurut Pengurus Kanan Bangunan dan Keselamatan Api pusat beli-belah itu, ini membantu mengenal pasti sebarang kelemahan dalam aspek keselamatan.

Dalam masa dua tahun akan datang, pameran SG Secure akan diadakan di pusat beli-belah kejiranan dan pusat bandar merata negara bermula dengan Jurong Point pada Oktober dan Punggol Waterway Point pada November. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan