Skip to main content

Singapura

SG sasar tingkatkan bekalan kuasa tenaga sebanyak 300 megawatt bagi pusat data

Singapura merancang untuk meningkatkan bekalan kuasa tenaga sebanyak 300 megawatt untuk pusat data yang akan membolehkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan sistem autonomi.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura merancang untuk meningkatkan bekalan kuasa tenaga sebanyak 300 megawatt untuk pusat data yang akan membolehkan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan sistem autonomi.

Sebagai insentif kepada pengendali untuk menjadi lebih mampan, pihak berkuasa memperuntukkan lagi 200 megawatt bagi mereka yang menggunakan tenaga hijau.

Matlamatnya ialah untuk menggalak pengendali bekerjasama dengan pembekal tenaga dan pelanggan mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Bagi menarik lebih banyak lagi pengendali untuk turut serta, Pemerintah akan memberi geran kepada pusat data untuk beralih kepada perkakasan yang lebih hijau dan menetapkan piawaian lebih tinggi mengenai kecekapan tenaga menjelang tahun depan.

Ia juga akan menggalak pengendali untuk meneroka sumber tenaga rendah karbon seperti biotenaga dan panel solar.
Sumber : CNA/SM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita