SG sasar tambah import bekalan elektrik menjelang 2035
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor
SINGAPURA: Singapura akan menambah bekalan elektrik yang diimport dari rantau ini dan dijangka akan mencapai sasarannya untuk mengimport tenaga elektrik hingga empat gigawatt menjelang 2035.
Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng berkata: "Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sudahpun meminta saranan bagi projek-projek untuk mengimport tenaga elektrik dari rantau ini".
Dr Tan berkata demikian hari ini (26 Okt) semasa persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura.
Menurut Dr Tan, EMA sudah menerima lebih 20 saranan dari Australia, Indonesia, Laos, Malaysia dan Thailand.
Sekitar 95 peratus bekalan elektrik Singapura dijana menggunakan gas asli. Namun, Singaura sedang merancang untuk menambah bekalan tenaga dari sumber-sumber boleh diperbaharui.
Dr Tan berkata sedang Singapura beralih ke kemampanan yang lebih luas, ia akan mewujudkan peluang-peluang pertumbuhan dalam bidang-bidang seperti tenaga suria, sistem penyimpanan tenaga dan rangkaian bekalan elektrik bijak.
Semasa persidangan tersebut, Singapura dan Kemboja memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penjanaan tenaga.

Sumber : Reuters/ZM/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.