SG sasar bangunkan bakat AI menerusi program sarjana dipercepat, biasiswa profesor
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sebagai sebahagian langkah untuk menarik dan memupuk bakat-bakat terbaik dalam bidang kecerdasan buatan (AI), Singapura akan melancarkan program biasiswa profesor dan ijazah sarjana.
Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo pada Jumaat (1 Mac).
Program biasiswa profesor lawatan AI itu menyasarkan untuk menarik para pengkaji terbaik untuk bekerjasama dengan Singapura dan perancangannya adalah untuk menganugerahkannya kepada kumpulan perintis lima profesor yang melawat negara ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).
Para profesor ini perlu menghabiskan kira-kira 20 peratus masa mereka dalam kerjasama tersebut. Mereka juga perlu mengenal pasti satu rakan usaha tempatan dan akan digalakkan menyelia para pengkaji junior dan penuntut di Singapura.
"Matlamatnya adalah untuk profesor pelawat AI ini memacu kajian sejajar dengan agenda kajian AI negara kita, menyediakan lebih banyak peluang latihan untuk penuntut tempatan dan memulakan kegiatan-kegiatan kajian tambahan di Singapura," menurut MCI.
Ini menyusuli pengumuman Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada Februari, bahawa pemerintah akan melabur lebih S$1 bilion dalam
pengkomputeran AI, bakat dan perkembangan industri.
Ini menyokong Strategi AI Nasional (NAIS) 2.0 yang sudah dikemas kini, yang dilancarkan pada Disember 2023.
"Tiada keraguan bahawa teknologi sudah menjadi sebahagian besar kehidupan sehari-hari rakyat Singapura," ujar Cik Teo di Parlimen.
"Secara keseluruhan, 84 peratus menyatakan teknologi-teknologi digital sudah menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan lebih separuh (penduduk) bersedia mencuba teknologi baharu."
BANGUNKAN BAKAT "DALAM PERANCANGAN"
MCI juga mengumumkan bahawa S$7 juta akan dilaburkan dalam Program Sarjana Dipercepat (AMP), dalam kerjasama dengan universiti-universiti tempatan.
Ia hanya dibuka kepada rakyat Singapura. Perancangannya adalah untuk AMP menyokong 50 penuntut dalam tempoh tiga tahun mendatang, tambah MCI.
Permohonan dijangka dibuka mulai Mac hingga Mei tahun ini.
"Objektifnya adalah untuk mempersiapkan bakat-bakat pengkaji rakyat Singapura untuk sama ada mengambil kerja sebagai pengkaji AI industri atau mempertingkat daya saing bagi program PhD AI," menurut MCI.
Terdapat juga perancangan untuk menaikkan tiga kali ganda kumpulan bakat pengamal AI di Singaoura kepada 15,000 dalam lima tahun mendatang, kata Cik Teo.
Bakat-bakat ini termasuk saintis data dan jurutera pembelajaran mesin, yang membangunkan dan menterjemahkan penggunaan AI dalam pertubuhan-pertubuhan.
Sebagai langkah permulaan ke arah matlamat ini, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan melaburkan lebih S$20 juta dalam tiga tahun mendatang untuk mempertingkat latihan pengamal AI bagi para pelajar.
Ini akan membiayai lebih banyak Biasiswa Digital Singapura berkaitan AI selain akses kepada latihan amali dalam peranan AI di luar negara, tambah Cik Teo.
Selepas pengajian, mereka boleh memilih untuk meneruskan kerjaya dalam bidang AI dalam Pertubuhan dan Industri pilihan di SIngapura.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.